Bantah Haram Sembelihan Cara Islam, Yahudi di Denmark

916

Tindakan kerajaan Denmark mengharamkan penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah sangat dikecam. Tindakan itu sekaligus akan menyukarkan umat Islam di sana mendapatkan daging yang halal untuk dimakan.

Langkah kerajaan Denmark ini menunjukkan sikap anti-Islam mereka dengan sebelum ini mereka melakukan pembikinan filem dan penulisan karikatur yang jelas menghina kesucian agama Islam.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/takiri.pngKaedah penyembelihan dalam Islam menggunakan pisau yang tajam supaya ianya tidak menyeksa binatang bertentangan dengan cara yang akan diimplementasi kerajaan Denmark yang akan pengsankan terlebih dahulu binatang tersebut untuk disembelih.

Lebih menyedihkan, langkah pengharaman cara Islam dan Yahudi ini turut dilaksanakan di beberapa negara Eropah yang lain antaranya Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Saya mendesak kerajaan Malaysia untuk lebih sensitif terhadap isu-isu umat Islam yang berlaku di seluruh dunia. Sikap tidak ambil endah menunjukkan ketidakprihatinan Malaysia terhadap nasib umat Islam yang lain.

*** Artikel adalah kenyataan media Datuk Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
25 Februari 2014