Apa maknanya Kalau Isa Menang !?

940


http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/20090918164206_1321678901_49e2fe41a0.jpgSekiranya, calon BN Tan Sri Isa Samad menang, ia akan menjadi satu kes ikutan ’precedent’ dimana, kejelekan dan kebobrokan ’rasuah politik’ atau kes ’politik wang’ dalam Umno/BN tidak lagi dianggap kotor dan hina.

Isa pula akan bertukar, dari seorang tokoh Umno yang dianggap ’cemar’, menjadi seorang penyelamat maruah kerana memenangkan Umno yang sudah kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Perlakuan ’rasuah politik’ yang menghukum Isa meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri kerana membayar ahli Umno supaya melayakkannya kepada jawatan (Menteri) itu, akan seolah-olah menghalalkan apa yang kononnya menjadi ’haram’ dalam pemilihan Umno.

Keadaan ini adalah kerana, pemilihan Isa menjadi calon BN bagi bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, bukan lagi suatu ukuran ’maruah’ namun semuanya merupakan perlumbaan ’kuasa’ semata-mata.

Tidak ada lagi pemimpin yang benar-benar berwibawa dan memiliki pengaruh tulin dalam Umno sekiranya Isa menang dalam pilihanraya kecil kali ke 9 tahun ini itu.

Dan Umno tidak perlu menggilap kepimpinan muda dengan jati diri kepimpinan, cukup mendidik pemuda-pemuda Umno menjadi seorang koporat, mengumpulkan kewangan yang banyak, kerana ’wang’ dari koporat itu merupakan tiket untuk menjadi pemimpin.

Membeli undi dalam pemilihan Umno tidak lagi dianggap sebagai ’keparat’ namun ia akan menjadi satu ’standard’ penting, dan paradigma baru dalam Umno, kerana Tan Sri Isa telah meletakkan definisi baru dan garis nilai sebagaimana yang diucapkannya kepada media.

Baca Seterusnya