MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah mencalarkan maruah Malaysia di mata dunia apabila mengadakan kerjasama antara negara ini dengan Amerika Syarikat.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh berkata sehingga banyak negara mengkritik, menghentam serta marah kerana sanggup mengadakan kerjasama tersebut yang didalangi oleh Zionis Yahudi.
“Saya baru balik dari Mekah, kebetulan pergi ke sana bertemu dengan rakan sejawatan sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri katanya semua pihak marah dan mengutuk.
“Dia sebut semua orang kata Arab Saudi ini bersama Amerika, tetapi tidak menandatangani perjanjian persefahaman dengan Ameeika,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Minggu Al-Quds Sedunia, di Dewan Tok Guru, semalam.


Tambah beliau, Thailand juga kini tersangat marah dengan Anwar Ibrahim yang mendakwa berjaya menyelesaikan konflik antara negara tersebut dengan Cambodia hanya melalui panggilan telefon.
“Saya banyak ke Thailand, ahli-ahli Parlimen, Datuk Bandar kebanyakan mereka kenal saya.
“Saya tanya kenapa Thailand melenting nak marah kepada Perdana Menteri Malaysia, dia sebut kepada saya raja dia melenting marah kepada Perdana Menterinya.
“Kerana PM kita ego, kononnya bangga dapat selesaikan masalah melalui telefon sahaja, seolah-olah memperkecilkan orang lain dan dia besar sangat,” katanya.
Katanya, maruah Malaysia sangat terjejas pada hari ini termasuk dikutuk dengan begitu teruk oleh Indonesia.


“Saya hendak rumuskan kepada yang hadir pasa malam ini untuk membela Palestin, kita juga mesti bertanggungjawab dengan situasai yang berlaku dalam negara kita hari ini.
“Kita tidak boleh membenarkan kerajaan yang ada pada hari ini hidup lebih lama,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menggesa semua ahli PAS agar balik ke cawangan mulakan gerak kerja dan bersatu dengan mana-mana parti.
“Kita orang Islam kena bersatu, kena bentuk negara di bawah naungan Islam yang akan memayungi ajaran agama lain, bangsa berbeza yang ada dalam negara kita.
“Supaya suatu hari nanti negara kita menjadi negara berdaulat serta mampu mencorakkan maaa depannya sendiri insya-Allah,” ujar beliau.































