Amaran Kepada AS

182

Bekas pemimpin Mujahidin Afghanistan, Gulbuddin Hekmatyar memberi amaran kepads AS sekiranya cuba untuk menghentikan perjanjian damai Doha dengan Taliban.

Ketika berucap pada pertemuan di markas partinya di ibu kota Kabul, memperingati 32 tahun pengunduran Soviet dari negara itu, memperingatkan Presiden AS Joe Biden agar tidak mundur dari perjanjian Februari 2020 yang ditandatangani oleh pendahulunya Donald Trump.

“Biden tidak memperoleh keuntungan dengan melanjutkan perang di Afghanistan, dan dia juga tidak dapat memaksa Taliban dengan melanggar perjanjian damai,” kata ketua parti Hizbi-Islami pada Ahad.

Hekmatyar memimpin pejuang mujahidin dalam perang menentang penjajahan Soviet di Afghanistan pada tahun 1980-an.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perdana menteri pada tahun 1990-an.

Bekas presiden AS itu telah mengurangkan jumlah tentera di Afghanistan, tetapi pentadbiran baru mengatakan ia merancang untuk mengkaji semula perjanjian tersebut dengan alasan kerana peningkatan keganasan.

Perjanjian Februari 2020 itu meminta semua pasukan antarabangsa menarik diri sebagai pertukaran jaminan keselamatan oleh Taliban.

Pegawai pemerintah, wartawan, dan juga aktivis masyarakat awam terus menjadi sasaran di Afghanistan.

Sebilangan besar serangan tetap tidak diakui tetapi pemerintah Afghanistan menyalahkan Taliban.

Rundingan dalaman Afghanistan untuk merangka peta jalan bagi negara bergolak tersebut pasca perang, juga telah terhenti

Pemimpin veteran itu yang menandatangani perjanjian damai dengan Presiden Ashraf Ghani pada 2016, mengatakan pemerintah tidak menunaikan janjinya seperti pembebasan sekutu parti dan memasukkannya ke dalam anggota pemerintahan.

Beliau memberi amaran akan mengepung istana presiden jika tuntutannya tidak dipenuhi dan menambah bahawa beberapa elemen dalam pemerintah cenderung mensabotaj perjanjian damai AS-Taliban.

Sementara itu, para pemberontak telah memperingatkan NATO agar tidak memperpanjang tempoh tinggal mereka di Afghanistan.

“Mesej kami kepada pertemuan menteri NATO yang akan datang adalah bahawa penerusan penjajahan dan perang tidak ada kepentingannya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Pada 4 Februari, setiausaha jeneral NATO mengatakan bahawa kehadiran pakatan itu di Afghanistan adalah keputusan yang harus dibuat dengan kata sepakat.