KUALA TERENGGANU – Walau pun masih berstatus ADUN Umno dan Barisan Nasional, ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said, terus lantang mengkritik kerajaan tentang perlaksanaan beberapa projek yang belum atau lambat dilaksanakan.
Beliau yang meminta maaf dan mengucap selamat, kerana menurutnya kali ini adalah yang terakhir buat beliau berada dalam persidangan DUN, sebagaimana ‘ura-ura’ dari khabar yang belegar, beliau tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
Antara yang utama disebut beliau adalah, peruntukan yang telah diluluskan pada zana akhirnya sebagai Menteri Besar, untuk membina terusan di kawasan perindustrian Teluk Kalong, bernilai RM20 juta.
Menurutnya, beliau merujuk kepada Unit Perancag Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawapan mereka adalah kerana, ia bukan satu keperluan buat masa ini.
Namun Ahmad menegaskan ia adalah bagi kemudahan mengangkut barangan ke kawasan industri terbabit dan bagi mengawal banjir bagi kawasan Hulu Chukai.
Selain itu, beliau ‘berleber’ panjang lebar tentang projek Pulau Bebas Cukai, yang katanya, tahap pembangunannya amat perlahan.
Beliau menggesa kerajaan dibawah pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman segera menyiapkan pembinaan pulau tersebut bagi mengelakkan, ia menjadi sebuah monumen ‘gajah putih’
“saya pergi bulan Oktober lepas tanya sebab apa……dia (kontraktor) kata pembayaran lambat,” ujarnya ketika berucap membahaskan Bajet 2018 pada Rabu 13 Disember.
Sehubungan itu, beliau turut mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menamatkan pembelian ‘amphiocoach’ dan mahu menyaman pembekal bas dua alam alam tersebut.
Katanya, beliau telah berjumpa dengan ‘kontraktor’ tersebut apabila mendapat tahu Razif mahu mengambil tindakan mahkamah.
“saya tanya dia….dia kata lambat terima pembayaran dan terpaksa gunakan ‘pitih’ sendiri sebanyak RM180,000 untuk membuat bayaran terakhir,
“dia kata sekarang ini amphicoach dalam kapal dan dalam perjalanan……..jadi kalau sampai nanti macamana?,” kata beliau.