Halima Aden Tinggalkan Dunia Pertujukan Fesyen

270

Halima Aden, model Amerika-Somalia, menyatakan beliau meninggalkan dunia pertunjukan fesyen kerana katanya, industri itu memaksanya untuk menjauhkan diri dari kepercayaan agamanya.

Dalam satu siri catatan Instagram, Halima berusia 23 tahun itu memberitahu tentang bagaimana pekerjaan itu telah ‘mengikis’ nidentitinya.

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana lebih mementingkan peluang daripada yang dipertaruhkan, ”tulis beliau, salah satu model pertama yang memakai jilbab ketika mewakili label fesyen mega.

Walaupun berjaya sebagai wanita berkulit hitam di industri ini, Halima berkata, beliau sering merasa tertekan, kerana merasa tidak selesa semasa sesi bergambar.

Katanya, waktu rehat akibat wabak coronavirus yang sedang berlangsung “membuka” matanya.

“Saya akhirnya menyedari dimana salah saya dalam perjalanan hijab peribadi saya,” kata Halima, yang dilahirkan di kem pelarian di Kenya dan berpindah ke AS pada umur tujuh tahun.

Dalam ciapan berasingan Halima bersama gambar dengan ibunya berkata: “Saya mengambil sikap untuk diri saya sendiri tetapi saya juga mengambil sikap untuk semua orang yang kehilangan jiwa mereka dengan dunia fesyen.” tambahnya.

Halima pertama kali menjadi berita utama pada tahun 2016, ketika menjadi wanita pertama dalam dunia model yang memakai jilbab.

Beliau berjilbab kerana menyatakan itu adalah sebahagian dari agamanya, ketika menyertsi pertandingan ratu cantik Minnesota Amerika.

Sejak itu beliau muncul dan menjadi model muka depan majalah Vogue dan dunia peragaan minggu fesyen di New York.

Halima juga ialah model pertama yang memakai tudung dan burkini seluruh tubuh dalam edisi pakaian renang tahunan ‘Sports Illustrated’ .