Dulu E-Book, Kemudian I-Class….Sekarang V-Class Pula?

1491

Saya nak bahas dua tiga perkara walaupun perkara tu nampak kecil. Yang pertama saya nak sebut, dalam bulan ni dua kali saya pergi ke hospital besar kerana menziarahi pesakit. Satu sahaja lif yang boleh digunakan menyebabkan saya sendiri dari tingkat bawah sampai tingkat tujuh jalan kaki. Jadi saya nak nasihat kepada kerajaan jaga nama baik. Kata nak menang tadi. Dah habis penggal dah ni. Jadi benda-benda kecil, walaupun nampak kecil tapi ada sungutan yang tak baik.

Yang kedua adalah isu berkenaan muara sungai yang juga rakan-rakan kita telah sebut. Cuma saya nak fokus yang pertama muara sungai Merchang. Dalam sidang dewan belanjawan yang lalu, saya timbul isu muara sungai merchang yang dijawab oleh Yang Berhormat Exco, yang berkenaan peruntukan daripada pusat RM43 juta telah diberikan dalam perancangan Malaysia yang kesebelas. Persoalannya sekarang ni musim tengkujuh, perkara ini belum diselesaikan. Mohon jawapan pada pihak exco. Pada kami kita mengharapkan supaya banteng pemecah ombak di muara sungai merchang ini diselesaikan dengan segera. Walaupun ada usaha di pihak kerajaan untu mengorek dengan jentolak yang berkenaan tetapi sebenarnya tidak selesai masalah, isu di muara sungai Merchang.

Dalam DUN saya, ini yang seterusnya berkenaan dengan muara sungai Ibai. Dulu kampung Pengkalan Setar, mereka banyak bot dan ada bot besar yangmasuk memlalui muara sungai kuala ibai dan mereka bersungut menyatakan bahawa dulu ikan laut sampai ke tempat mereka dan juga ketam, udang daripada laut dan mereka mudah cari di Pengkalan Setar, tapi sekarang ini perkara itu tinggal sejarah. Kerana isu muara sungai di kuala ibai menyebabkan bt-bot tidak boleh memasuki sehinggalah, mereka banyak menjual bot mereka. Kemudian ada sungutan daripada penduduk di rhu muda, keraa banteng penahan ombak hanya dibuat di Rusila, mengapa tidak diteruskan. Jadi mereka minta kami sentuh dalam dewan yang mulia ni mohon sebagaimana supaya masalah yang sama sebagaimana yang berlaku di kampung Rusila.

Saya ingin membangkitkan isu yang ditimbulkan dalam ucapan bajet 2018 berkenaan dengan ICT. Dalam perkara ‘touch point’ yang ke tiga puluh lima program V-class, virtual class dengan izin akan dilaksanakan dengan manfaat seramai 55,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara negeri Terengganu dan peruntukan yang pada saya, oleh kerana kita tak jelas sebenarnya apa virtual class atau v-class. Kalau kita terjemah, dengan erti kata kelas maya dan kita sudah ada kelas maya yang perintisnya dibuat di Sekolah Kebangsaan Paya Punga, Cuma saya ingin mendapat penjelasan daripada exco iaitulah daripada kerajaan, sebenarnya sebab kelas maya yang ada ni saya tengok, kalau tengok pada ayat satu tujuh lapan ni, program v-class, dulu ada i-class, kemudian kelas maya. Soalan saya adalah v-class atau kelas maya ini adalah benda yang sama dan kalau perkara yang berlainan bagi saya tidak praktikal dan saya pun tak dengar dah kelas maya ni sekarang ini samada apa sebenarrnya masalah yang berlaku.

Saya saya nak bawa bali, pada 28 Febuari 2015, Pengerusi Jawatan Kuasa Pendidikan Sains Dan Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas menyatakan projek i-class dijalankan di tujuh belas buah sekolah. Sekarang ini sebenarnya ada berapa dah? Dan dalam masa 2 tahun, ni tahun 2015, sudah dua tahun yang lalu. Dalam 10 tahun, 400 buah sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan i-class. Jadi ini kita mohon jawapan dari pihak kerajaan. Jadi dulu, saya bukan nak bangkit isu e-book tapi selepas 10 tahun barulah secara komprehensif dijalankan kajian, pemberian ebook ni, kajian oleh Idaman Institut Darul Iman dan juga UniSZA diketuai oleh Prof. Dr Ibrahim Mamat, jadi saya juga mencadangkan juga supaya sebelum diadakan vclass, iclass, sebelum ditingkatkan ini, supaya membuat kajian yang mendalam dan diperbaik mana-mana yang telah berjalan, supaya dibuat dengan secara yang lebih baik.

Kita tak mahu dibuat program yang lain yang kadang-kadang merugikan duit rakyat negeri Terengganu. Kemudian merujuk kepada touch point yang keenam skim dana usahawan, RM2 juta, jadi dia ada peruntukan pinjaman online business SPOB. Jadi 2 juta ni skim dana usahawan keseluruhan,berapa sebenarnya yang diperuntukkan skimpinjaman online business. Kemudian, baru-baru ini kerajaan, perdana menteri sendiri, telah mengadakan kerjasama pelancaran AliBaba.com di Malaysia. Sebagai contoh dala parlimen, timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industry, Dato’ Ahmad Maslan berkata di parlimen, zon perdagangan bebas digital DFTZ, memberi peluang kepada PKS, menceburi perniagaan dalam talian untuk meningkatkan eksport mereka ke pasaran global dengan mengguna pakai kelebihan Alibaba sebagai syarikat E-Dagang gergasi antarabangsa yang mempunyai 440 juta pengguna di 190 buah negara. FTZ dijangka akan menggandakan jumlah eksport PKS tempatan menjelang 2025 kepada RM155 bilion.

Setersusnya touch poin yang ke 23 pembangunan ekonomi digital sekarang ni kita tengok usaha yang dibuat di ladang tok pelam, jadi soalan saya KUP, dulu pernah dikatakan untuk dijadikan Low Yat Terengganu, sekarang ni apa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan kerana Mara digital KL pun ‘hidup segan mati tak mahu’. Dan saya ada buat rujukan terhadap bangunan-bangunan terbengkalai yang banyak, bangunan yang ada. Strawberry Park, Kuaters kediaman agensi kerajaan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Bangunan perniagaan ada satu warna kuning di pekan ajil di bawah Majlis Daerah Hulu Teregganu, Bangunan Perniagaan Pemint, Ladang, di sekitar Chiken Cottage, Nampak kosong je. Kompleks Paya Bunga, Sutera Semai, ada guard je. Saya pergi tengok ada guard je, kosong. Dan juga soalan saya sekarang ni stadium Gong Badak sekarang ni guna ke tak? Sebab saya orang Alor Limbat, jarang pergi sana, jadi kita tak tahu.

Kemudian saya nak menyentuh isu berkenaan dengan, untuk kebaikan rakyat juga, saya minta masa sikit lagi. Seterusnya Madrasah Moden Maidam di Mengabang Telipot. Antaranya ada orang susah, yang terpaksa membayar RM150 sebulan, pada kita murah tapi pada mereka sangat mahal, dan kemudahan infrastruktur pun katanya ada masalah, Cuma diorang tidak jelas di bawah MAIDAM atau di bawah pejabat agama. Kalau bawah maidam rasanya taka da masalah untuk memberikan bantuan kepada ibu bapa yang susah. Kemudian yang seterusnya isu dalam DUN saya Masjid Kubang Durian. Pengambilan tanah telah pun dibuat. Cuma telah makan masa banyak tahun bila masjid ini akan dilaksanakan.

Dan akhir sekali saya nak sebut tentang kesesakan. Apabila LPT dia ‘exit’ sebelah Pasir Tinggi ke pengadang baru, ia menjadi jalan yang agak sibuk. Apakah perancangan kerajaan untuk samada membesarkan jalan, kerana di sana banyak berlaku kemalangan apabila banyak exit dari sebelah Pasir Tinggi tu, banyak kerajaan yang lalu berbanding dengan keadaan biasa. Dan akhirnya, berkait dengan jalan tersebut, ada satu jalan dari Kepong ke Sungai Rengas yang dibuat. Tapi kebelakangan ini agak macam diberhentikan. Sebenarnya bila akn dibuat, atau disiapkan jalan ini, dan berapakah kos sebenar projek pembinaan jalan tersebut.

*** Ucapan Perbahasan Bajet 2018, ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman