1. Merujuk kpd sidang dewan kali sessi ke-3 kali ke 13 yg bsidang pd tarikh 11-14hb mei 2015 , DS Ahmad Said telah berucap ketika berbahas ucapan Tuanku as-Sultan pada 13hb dengan jelas menyatakan bahawa telah berlaku penyelewengan & penipuan dalam urusan pembelian bangunan di Mansourah untuk kegunaan pelajar oleh Yayasan Terengganu. Dan beliau bertanggung jawab atas dakwaan tersebut serta bersedia untuk memberi kerjasama untuk siasatan & tindakan.
2. Ketika menjawab dakwaan tersebut, Adun Ajil iaitu Yb Razali telah menyatakan bahawa pembelian bangunan tersebut telah dilakukan pada tahun 2009 dengan nilai Usd 4.233juta (Rm13j).
3. MB iaitu DS Ahmad Razif menambah kenyataan itu bahawa pihak Yayasan Terengganu membeli bangunan tersebut daripada Syarikat Attal Group Companies.
4. Satu salinan dokumen pembelian & perjanjian jual beli tersebut yang diposkan kepada saya mendapati bahawa urusniaga pembelian bangunan tersebut yg bertempat di plot no 43/1108 di Kharnshafa basin 11, bhg 2 no 50B, Jln Mohamed Sabri jln no 12/ Koreye street / Samy el Gamal, Mansoura, Daerah Dakahlia, Egypt seluas tanah 1.5 qirats i.e 262 meter.
5. Tanah & bangunan tersebut yang dimiliki oleh Muhammad Ali Abu Shou’isha’ ID no 24504251500559 telah dijual kepada Mrs Mervat Mohamed Tawfiq al-Qaffas ID no 26104061500063 dengan harga 2 juta EGP (Rm1 juta).
6. Mrs Mervat telah menjual pula kepada Jamil Hasyim Mustafa Pasport No D 31700250 mewakili pihak Kedutaan Malaysia di Cairo untuk penempatan pelajar Terengganu di Mansoura dengan harga 2juta EGP (Rm1juta sahaja) bertarikh 10hb Oktober 2009.
7. Jual beli tersebut juga ditandatangani oleh bekas Adun Sura, Ahmad Kamal bin Abdullah pasport no R 019251 sebagai saksi yang merupakan seorang kaki tangan Yayasan Terengganu yang bertugas di Mesir ketika itu.
8. Turut menimbulkan tanda tanya jenapa pihak El Attal Group Companies membayar yuran konsultan yang tinggi dengan melebihi Rm3 juta (894,000.00 Usd) kepada Dato Ahmad Syafei bin Sabarudin mewakili Darul Rahmat and Ibsul Holdings Sdn Bhd dengan tiga kali ganda melebihi harga tanah dan bangunan.
9. Bagaimana pula pihak Yayasan Terengganu yang boleh mbayar sebanyak Usd 4.233 juta (Rm13 juta) berbanding dengan jual beli yang hanya bernilai Rm1 juta sahaja.
10. Pembelian tersebut menunjukkan ada peningkatan harga yangg sengaja dibuat dan ada pembayaran “pengurusan” yg direka dengan tujuan mendapat imbuhan kewangan tidak wajar dan berunsur rasuah.
11. Pengakuan pihak kerajaan juga bersedia untuk memberi kerjasama dan diadakan siasatan secara telus &jika terbukti adanya penipuan dan penyelewengan, hendaklah diambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat.
YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahad 17 Mei, 2015



























