Kashmir: Orang awam Terbunuh Apabila India, Pakistan Berbalas Tembakan

4238

Sekurang-kurangnya dua orang awam telah terbunuh di kedua-dua bahagian sempadan yang menjadi pertikaian antara India dan Pakistan di Kashmir.

Seorang pegawai Kementeria Luar Pakistan berkata, mereka terkorban apabila dua negara berjiran di selatan yang dipertikaikan itu berbalas tembakan meriam dan senjata api.

Pada hari khamis, seorang lelaki, Muhammad Rizwan telah mati akibat serangan tentera India di kampung Subzkot, di Pakistan yang ditadbir Kashmir.

Sekurang-kurangnya dua orang lain turut cedera dalam kejadian berbalas tembakan itu.

Menurut agensi berita AP, seorang wanita berusia 35 tahun, juga terbunuh dalam kawasan Nowshera, di Kashmir yang ditadbir India.

 

Jurucakap tentera India, Leftenan Kolonel Manish Mehta mendakwa, askar Pakistan menyerang pos tentera India dengan senjata automatik dan mortar sepanjang sempadan kawalan ketenteraan yang membahagikan Kashmir antara kedua-dua itu.

Polis berkata, seorang lelaki cedera dalam serangan itu.
Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan memanggil Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India untuk mengutuk apa yang disifatkan sebagai “provokasi dan perlanggaran gencatan senjata oleh pasukan pihak keselamatan India”.

“Serangan sengaja mensasarkan orang awam memang perbuatan keji dan bertentangan dengan martabat manusia,

“serta hak-hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Kementerian itu.

Pakistan dan India mengekalkan perjanjian 2003 gencatan senjata di seluruh sempadan kawalan ketenteraan (Line of Control – LoC) sempada yang tidak diputuskan secara rasmi oleh British semasa menyerahkan kemerdekaan.

Kedua-dua pihak sering melanggarnya dan biasanya menyalahkan antara satu sama lain serta menghasut kepada permusuhan.

Kedua-dua negara telah mendakwa wilayah Kashmir tidak dibahagikan sepenuhnya ketika pemisahan dan kemerdekaan pada tahun 1947.

Mereka mentadbir bahagian yang berasingan daripada Kashmir dan telah menyebabkan tiga peperangan antara dua negara berjiran yang masing-masing memiliki keupayaan ‘nuklear’ itu.

Ketegangan meningkat di Kashmir sejak Julai lalu, apabila pasukan keselamatan India membunuh seorang pemimpin pejuang muda Kashmir, menyebabkan bantahan meluas.
Ia diikuti dengan tindakan keras keselamatan pada bahagian Kashmir yang ditadbir India, mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang.

Hubungan antara India dan Pakistan menjunam selepas serbuan pada bulan September ke atas sebuah pangkalan tentera India di Uri oleh pejuang Kashmir yang membunuh sekurang-kurangnya 18 askar.

Serangan yang mendorong India untuk bertindak balas dengan mengatakan ia melancarkan “serangan pembedahan” di pangkalan yang digunakan oleh kumpulan bersenjata di Kashmir yang ditadbir Pakistan.