500 Pemuda PAS Besut Hadir HIMPIT

2014

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Seramai 500 orang pemuda PAS Kawasan Besut akan hadir ke Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Katanya, program tersebut diadakan di Padang Memorial Batu Bersurat, Kampung Buluh, Hulu Terengganu yang bermula pada 19 sehingga 21 September 2019.

Ketua Pemudanya, Muhd Hakim Zulfikri Awang berkata, sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya para pemuda memainkan peranan masing-masing.

“Ketua Pemuda di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) harus mengerahkan seluruh khudrat bagi menyeru pemuda untuk sama-sama menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi himpunan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Seberang Jerteh, semalam.

Menurutnya, himpunan sebegini juga diadakan bagi menyatakan sokongan anak muda terhadap Islam yang kini semakin dipermainkan oleh golongan anti kepada agama tersebut.

“Para pemuda harus sedar dari tidur dan mereka harus memainkan peranan bagi mempertahankan kesucian agama dari tomahan dan cercaan orang kafir.

“Tenaga mereka (juga) amat diperlukan buat masa ini bagi menjamin masa depan anak cucu kita daripada pengaruh barat,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, satu konvoi para kontijen dari Besut ke tapak program akan diadakan pada hari Jumaat, 20 September pada pukul 8.30 pagi.

“Berbagai aktiviti menarik menanti pemuda ditapak himpunan seperti penalti, tarik tali dan lain-lain lagi,” tambahnya.