Sistem kesihatan yang telah dihancurkan oleh peperangan menyebabkan pihak medik di Yaman hampir tidak mempunyai alat untuk mengubati luka fizikal kanak-kanak Yaman,mahu pun merawati cedera psikologi semata-mata.
Trauma serentak kedua-dua, fizikal dan emosi yang dialami apabila kanak-kanak Yaman melaluinya pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya.


Sekurang-kurangnya 279 orang kanak-kanak telah terbunuh dan 402 cedera sejak akhir Mac lalu, akibat langsung daripada konflik yang semakin meningkat antara pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman yang kini dalam buangan.
Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), situasi itu telah mencabar para pekerja kesihatan untuk merawat kecederaan luaran mereka.
Ia adalah kerana, krisis akibat dari kecenderungan orang dalaman mereka, pertelagahan yang membawa Yaman menjadi medan bencana kemanusiaan.


Dan manakala parut psikologi yang dihadapi oleh kanak-kanak Yaman boleh menyebabkan kerosakan kekal, medik di Yaman hampir tidak mempunyai alatan yang diperlukan untuk merawat luka fizikal mereka.
“Kanak-kanak yang tidak diberi vaksin, sama ada kerana pusat-pusat kesihatan tidak mempunyai elektrik atau bahan api yang diperlukan untuk menyimpan vaksin sejuk dan mengedarkan mereka, “atau kerana ibu bapa terlalu takut dengan pertempuran untuk membawa anak-anak mereka untuk menerima suntikan vaksin,” kata Dr Peter Salama, pegawai UNICEF
“Keputusan tragis adalah bahawa kanak-kanak akan mati dengan penyakit seperti campak dan radang paru-paru yang biasanya boleh dicegah.” Tambah beliau.


Sekatan yang dibuat berhampiran pelabuhan Yaman telah membuat ia amat sukar bagi agensi bantuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan.
“Keadaan di Yaman adalah sangat kritikal, terutamanya untuk kanak-kanak, yang merupakan kumpulan yang paling lemah,”tegas Fatima Al Ajel
Amaran telah dikeluarkan oleh PBB, Yaman sedang menuju ambang ‘kebuluran habis-habisan’.
Sekarang UNICEF menganggarkan 1.2 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mempunyai risiko malnutrisi (kekurangan zat) akut sederhana dalam tempoh 12 bulan akan datang.


WHO juga telah ‘membunyikan’ loceng penggera tentang kekurangan air bersih di Yaman, yang dikatakan telah menyumbang kepada wabak demam denggi.
Walaupun keadaan perubatan yang semakin merosot adalah penyebab besar untuk kebimbangan, namun pertempuran merupakan ancaman sebenar kepada kanak-kanak.
Duta Khas PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed, terus menyeru agar pihak berbalah mengadakan gencatan senjata kemanusiaan.


Selepas taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB, Ould Cheikh Ahmed berkata, semua pihak terlibat dalam konflik itu adalah bertanggungjawab ke atas penderitaan rakyat Yaman.






























