Oleh : Naraza Muda
Ramai anak peneroka tidak dimaklumkan, yang ibu bapa mereka pernah menandatangani satu borang penyerahan kuasa kepada pihak pengurusan Felda untuk membenarkan atau menurunkan kuasa kepada pihak tersebut untuk mengurus jualan 800 unit saham FGV apabila harga saham ini mencecah RM7.


Dengan memberi harapan hanya tempoh 6 bulan ( sepertimana perjanjian pinjaman dengan bank ) urusniaga ini berjalan, mereka cukup yakin dan optimis sasaran harga ini akan tercapai dan memberi laba yang tidak semena-mena kepada peneroka seluruh negara.
Bolehkah hanya dengan pemilikan 800 unit memberi laba besar kepada peneroka? Tahukah kenapa Najib terpaksa umum Felda mengambil alih pinjaman RM3640.00 dari bank? Kenapa tidak jual saham seperti perangcangan dalam tempoh 6 bulan?


Semoga kehadiran bulan Ramadhan dan sudah melepasi separuh perjalananya, mari kita peneroka Felda merenung sejenak dengan apa yang berlaku. Dari kedudukan 30 Syarikat tersenarai dalam indeks BSKL ditendang keluar. Dari harga RM4.55 kini merudum RM1.68 dan mampukah kita semua menjadi bakal jutawan global dengan hutang RM140,000,00 dengan usia mencecah 70 lebih hasil puluhan tahun memerah keringat sebagai seorang peneroka Felda.
***Naraza Muda ialah Anak Jati Peneroka Generasi 2 Felda Jerangau, Dungun Terengganu yang juga merupakan Ketua Penerangan ANAK Kebangsaan.






























