Isu Saman Terhadap Presiden PAS

903

Oleh Naraza Muda

Saya berpendapat ada beberapa perkara yang perlu dinilai semula oleh orang ramai berkaitan isu saman Presiden PAS oleh bekas calon PKR Samsul Mohd Amin yang telah berpanjangan dan masih belum ada penyelesaiannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah satu ketika dulu memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia telah berbincang dengan keluarga Samsul dan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah ini. Bukan itu sahaja, bahkan ianya juga dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Negeri Terengganu Saudara Azan Ismail bahawa hal ini telah hampir kepada penyelesaiannya. Namun begitu ketika saman ini dimulakan, tiada pula kedengaran bantahan daripada pimpinan PKR Pusat dan negeri.

Dan sehingga kini saman tetap berjalan dengan pihak Presiden PAS sedang berusaha membalas semula perintah penghakiman ingkar yang dikenakan ke atas Presiden PAS.

Kenapa ramai pimpinan PKR dan PAS sendiri menilai tentg kes FITNAH LIWAT II yang dikira sebagai konspirasi umno utk menjatuh imej DSAI dan menamatkan peranan politik beliau sehingga mula digerakkan reformasi 2.0 ? Kenapa isu saman terhadap Presiden PAS tidak dianggap sebagai golonhan tertentu untuk menjatuhkan imej Presiden PAS sehingga BN mengambil kesempatan untuk membentuk persepsi dlm akhbar dengan tuduhan jahat terhadap Presiden PAS ?. Kenapa ramai pimpinan PR dan PAS mengganggap isu sebagai isu peribadi bukan isu konspirasi dan niat jahat untuk memburukkan Presiden PAS ?

Pada 30 Mac lalu, perbicaraan telah ditangguhkan kepada 14 April ini atas dasar pihak Samsul dikatakan telah mendapati ada penemuan baru dalam kes ini. Ini melanjutkan lagi persoalan kepada kita dengan “jaminan” daripada “sahabat” kita PKR bahawa kes ini akan ditarik dan sudah hampir kepada pengakhirannya.

Agak menghairankan juga apabila kandungan sedutan ucapan Presiden PAS di Kampung Tebakang Bukit Payong itu, yang tidak pernah menyebut secara khusus siapa yang dikatakan sebagai calon yang bermasalah itu. Seharusnya tiada pihak yang terasa ianya ditujukan keatasnya.

Akhirnya saya berpendapat kes ini tiada lain hanyalah satu kaedah yang digunakan bagi menjatuhkan imej Presiden PAS serta parti secara keseluruhannya dan ini bukan isu peribadi, kerana akhbar-akhbar mula menyebarkan berita dengan memberi gambaran seolah-olah Presiden PAS telahpun didapati bersalah dalam kes ini. Kita tidak runsing dengan keengganan pihak Shamsul menarik kembali saman itu tetapi berita yang diwar-warkan sebelum ini berkenaan mahu menarik kembali saman oleh pimpinan PKR samada dari negeri ataupun pusat, hanya terdengar sebelum pilihanraya kecil Kajang dan kembali sunyi selepas itu. Kenapa penipuan ini didiamkan oleh seluruh pimpinan PR ??

**** NARAZA MUDA adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun