10 Dibunuh Tentera Myanmar Adalah Orang Awam ‘Tidak Berdosa’

1964
Gambar dikeluarkan oleh Angkatan Bersenjata Myanmar pada 13 November 2016, dengan maklumat menyatakan askar Myanmar sedang melepaskan tembakan di kampung Wapeik yang terletak di Maungdaw di Rakhine berhampiran sempadan Bangladesh pada 13 November, setelah menyerang dan membakar 80 buah rumah

Pejuang Rohingya, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) berkata, sepuluh ‘jasad’ yang ditemui 10 di dalam sebuah kubur besar di negeri Rakhine pada bulan lepas adalah orang awam yang tidak bersalah.

Kumpulan tersebut dalam satu kenyataan berkata, mereka bukan ahli gerakan pemberontak itu.

“Kami dengan ini mengaku bahawa 10 orang awam Rohingya yang tidak bersalah dijumpai di dalam kubur besar itu dalam Inn Din Village Tract,

“adalah buka (ahli) ARSA dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kami,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan melalui ‘Twitter’ pada hari Sabtu, 13 Januari.

Tentera Myanmar pada minggu ini menyatakan bahawa anggota tentera yang telah membunuh 10 ‘pengganas’ Islam yang ditawan semasa serangan pemberontak pada awal bulan September lalu.

Dalam kejadian itu, kesemua yang ditawan penduduk kampung beragama Buddha telah memaksa mereka masuk ke dalam lubang yang telah digali.

Kuburan besar yang digali semula di kampung Inn Din

Ia adalah satu pengakuan salah laku yang jarang diakui oleh tentera semasa operasi di negeri barat Rakhine.

Sehubungan itu, Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi pada hari Jumaat ‘menyokong’ tindakan tentera mengakui telah membunuh Rohingya tersebut.

Dalam kenyataanya melalui ‘facebook’, Aung berkata, ia adalah ‘positif’, bahawa tentera telah mengambil tanggungjawab untuk bertindak.

Kenyataan Aung itu muncul selepas berbulan-bulan sebelumnya menafikan penyalahgunaan kuasa dan kezaliman yang dilakukan tentera Myanmar.

Tidakan agresif tentera menekan, merogol, membunuh dan membakar kampung-kampung Rohingya menyebabkan tidak kurang 650,000 orang Rohingya terpaksa merlarikan diri ke Bangladesh.

Oleh itu, ARSA menggesa siasatan dilakukan terhadap pemerintah Myanmar atas kesalahan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya.

Menurut mereka, ARSA sepenuh hati mengalu-alukan tindakan mana-mana terutamanya PBB memasukkan ‘pengganas tentera Myanmar’ dalam senarai pelaku jenayah perang.