PAS Kecam Serangan AS Terhadap Iran

451

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat yang telah melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Republik Islam Iran, awal dinihari ini.

Tindakan ini bukan sahaja melanggar kedaulatan Iran, malah merupakan satu bentuk jenayah perang yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah serangan ini menyerlahkan sikap sebenar Amerika Syarikat dan sekutunya Israel sebagai pengganas yang tidak mempedulikan undang-undang dan nilai kemanusiaan sejagat.

PAS menuntut ketegasan di pihak Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera menghentikan tindakan tidak bertamadun ini, serta mengecam keangkuhan Amerika Syarikat, sekutu kuat regim haram Israel, terhadap situasi terkini yang boleh mengancam prospek keamanan dunia.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Zulhijjah 1446 / 22 Jun 2025

________________________

PAS CONDEMNS UNITED STATES’ ATTACK ON IRAN

The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the United States for launching an attack and invasion on the Islamic Republic of Iran in the early hours of this morning.

This act not only violates Iran’s sovereignty but also constitutes a war crime that contravenes international law and the Charter of the United Nations (UN).

Moreover, this assault exposes the true nature of the United States and its ally, Israel, as terrorists who blatantly disregard international law and universal humanitarian values.

PAS calls for firm action from the UN Security Council and the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to immediately halt this uncivilised aggression and to denounce the arrogance of the United States, a staunch ally of the illegitimate Israeli regime, in a situation that could jeopardise global peace prospects.

ABDUL HADI AWANG
President of PAS

Dated: 26 Zulhijjah 1446 / 22nd June 2025