BESUT – Para sukarelawan bertungkus-lumus membawa pulang jenazah 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam satu tragedi baru-baru ini, dirai sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut Kali Ke-66, semalam.
Ahli Jawatankuasa PAS PUSAT, YB Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, Kemalangan jalan raya yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI meninggalkan duka yang mendalam buat seluruh rakyat.
“Namun di sebalik kesedihan itu, sekumpulan sukarelawan tampil sebagai cahaya harapan,
“mereka segera bertindak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menguruskan jenazah mangsa dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang sesama insan.” jelas beliau selaku
Yang Dipertua PAS Besut
Justeru, kata beliau, sebagai menghargai pengorbanan dan tindakan pantas para sukarelawan terbabit, PAS Kawasan Besut menyampaikan penghargaan Dan anugerah.
“Sedikut cenderahati, sijil serta sumbangan kewangan kepada wakil sukarelawan, dalam suasana penuh keinsafan,
” mereka wira yang tidak didendang, bangkit dalam waktu kecemasan untuk meringankan beban keluarga mangsa. Mereka adalah contoh insan yang meletakkan kebajikan ummah,” tambah beliau.
Menurutnya, majlis penghargaan itu bukan sekadar simbolik, tetapi satu pengiktirafan terhadap nilai kemanusiaan, keikhlasan, dan semangat gotong-royong yang menjadi asas kekuatan masyarakat Islam.
“Mesyuarat Agung Tahunan kali ini bukan sekadar medan muhasabah dan hala tuju politik, tetapi juga menjadi pentas mengangkat insan-insan luar biasa yang berbakti dengan jiwa dan hati,” kata beliau lagi.



























