Oleh : Rohayati Ripin
SETIU – Calon PAS / Perikatan Nasional (PN), Azmi Maarof yakin akan menang dengan undi orang muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat, Setiu pada jam 9.14, pagi tadi.
Katanya, beliau lebih yakin PAS boleh memenangi DUN Langkap kali ini dengan sokongan dan undian anak muda.


Justeru itu, sekiranya menang beliau berjanji akan meneruskan agenda kebajikan untuk rakyat di DUN ini.
“Agenda lain insya Allah dari segi perumahan rakyat, tapak rumah khususnya kerajaan janji supaya rakyat dapat tapak rumah ataupun Rumah Mampu Milik (RMM) di Terengganu dan juga DUN Langkap.
“Memang cadangan kita dah ada tapak rumah dan insya Allah 50 ekar di DUN Langkap,” katanya.
Tambah Azmi, terdapat 40 ekar tanah yang telah digazekkan antaranya ialah di Sungai Bari di tapak kilang dan Felda Chalok Barat.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang bagi sokongan dan mengundi PAS.
“Insya Allah PAS menang,” katanya lagi.



























