Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata kejadian serangan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara kita yang dijamin keselamatannya.
Bahkan, katanya, ia sangat memalukan apabila mangsa memberitahu “ambush” tersebut dilakukan dengan begitu teliti bahkan seolah-olah mendapat sokongan daripada pemerintah.
“Kejadian yang dikatakan berlaku sekitar jam 2.00 pagi hari ini menunjukkan tiada ketulusan di dalam kawalan keselamatan di dalam negara kita.
“Bayangkan sahaja sekiranya jenayah seperti merompak, mengugut, memukul dan memusnahkan harta benda hanya diperhati dan menjadi tontotan penguat kuasa yang bertugas sahaja,”katanya yang dipetik pada kenyataan akhbar DPPM yang diedarkan kepada media.
Menurutnya, mangsa juga memberitahu bahawa kumpulan samseng “jantan” ini turut menjadikan wanita sebagai mangsanya.
Katanya, samseng terbabit juga mengambil wang dan turut memusnahkan harta benda peserta Univercity of Merdeka seperti kamera dan telefon bimbit.
Justeru, beliau berkata, di atas kejadian ini maka DPPM mulai rasa sangsi terhadap kemampuan pihak polis untuk menjamin keselamatan pelajar-pelajar ini kerana kejadian tersebut berlaku dalam jarak yang sangat dekat tetapi tiada bantuan daripada pihak yang bertugas.
“Hasilnya terdapat peserta yang dikejarkan ke hospital akibat keganasan kumpulan tersebut termasuklah seorang siswi yang telah cedera akibat menerima tendangan di kepala dalam insiden tersebut,
“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan Unit Amal agar membentuk satu kumpulan keselamatan untuk mengawal keselamatan terhadap pelajar-pelajar tersebut terutamanya pada waktu malam,”tegasnya.




























