Pemuda Lancar Kempen Bantah ‘Gangstarisme’ Awam

811
http://buletinonline.net/images/stories/berita38/tantawi.jpg

Menurut Ustaz Nasrudin selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia, insiden yang menimpa mahasiswa di Dataran Merdeka baru-baru ini adalah satu perkara yang sangat memalukan negara dan ianya tidak patut berlaku.

“Berkhemah di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka pun tidak terlepas dari ancaman keganasan samseng, apa jaminan untuk rakyat selamat di ceruk kampung dan desa yang jauh dari balai polis dan ibu pejabatnya.”

Beliau juga menyebut tujuan mengapa kita mengadakan kempen “Leisure of Walk For Peace and Public Safety” adalah untuk menyatakan bantahan terhadap aktiviti dan keganasan “samseng” di dalam negara ini dan juga sebagai sokongan kepada mahasiswa yang hanya memperjuangkan hak mereka sahaja.

“Himpunan Mahasiswa adalah aman. Mereka berkhemah dan duduk santai menyuarakan tuntutan mereka kepada awam amnya dan kepada kerajaan khasnya. Kenapa mereka mesti dilayan sedemikian rupa ? atau siapakah yang mengupah samseng ini ? atau mereka mahu menarik lebih ramai lagi mahasiswa berkampung dan berkhemah di Dataran itu ?”

Ustaz Nasrudin juga dilihat bersama untuk mengetuai kempen ini bersama puluhan jentera dari Unit AMAL.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Unit AMAL kerana mereka peka dengan kezaliman bahkan sanggup turun dan bersama untuk mengawal keselamatan mahasiswa di Dataran Merdeka”.

Insiden yang berlaku pada pagi 19 April benar-benar mengejutkan majoriti rakyat Malaysia. Tambahan pula kenyataan daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dipetik melalui laman sosialnya dilihat sebagai satu perkara yang tidak bijak selaku seorang menteri dalam kerajaan.

“Sangat tidak wajar, seorang yang bercakap atas platform menteri kepada kerajaan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Pada saya, kenyataan seperti ini hanya akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat adakah kerajaan yang mendalangi insiden yang berlaku ke atas peserta Univercity of Merdeka ?”, ulas beliau ketika ditanya mengenai kenyataan Dato’ Seri Khaled Nordin.

Beliau juga menegaskan, “Seorang ayah pasti tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab untuk membentuk dan memastikan keselamatan anaknya. Bayangkan apabila anak merasakan rumah yang menjadi tempat dia berlindung sudah lagi tidak dirasakan selamat untuk dihuni, apakah yang akan mereka lakukan ?”.

Kehadiran Ustaz Nasrudin juga dilihat memberikan semangat kepada rata-rata mahasiswa yang hadir. Bahkan Ustaz Nasrudin juga diberikan kesempatan untuk berucap dan memberikan kata-kata semangat agar mahasiswa yang hadir berhimpun dengan mempamerkan akhlak yang baik kepada lawan.