Dasar Islam Menambahkan Pusat Pengajian Dan Institusi Agaman

1089

Kecemerlangan dua buah PASTI ini nyata terserlah setelah PASTI Al Amin juga muncul sebagai Naib Johan bolajaring manakala PASTI Al Mahabbah sebagai Naib Johan Futsal.

(Gambar – aksi menarik di perlawanan futsal antara PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang menentang PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut).

Sebanyak 16 buah PASTI menyertai futsal dan 8 buah untuk bola jaring.

Sementara itu PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang dan PASTI Nur Islam, Bukit Mentok menduduki tempat ke-3 dan ke-4 untuk futsal manakala PASTI Nur Islam, Bukit Mentok dan PASTI Adam, Mak Chili menduduki tempat ke-3 dan ke-4 bagi acara bola jaring.

Perasmian Sukan PASTI Kemaman 2012 telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman.

Beliau menyeru ibubapa/penjaga pelajar PASTI untuk terus memberi sokongan dan komitmen kepada PAS untuk memartabatkan Islam di tempat yang tertinggi setelah ianya gagal dilakukan oleh UMNO/BN selama 53 tahun.

Dalam ucapannya, beliau yang merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik, menegaskan PAS dengan Dasar Islam akan menambahkan lagi pusat pengajian dan institusi yang berorientasikan Islam agar dapat melahirkan lebih ramai intelektual dan cendiakawan Islam bukannya yang berfikiran sekular sepertimana sekarang.

‘Kerajaan UMNO/BN memang tiada hasrat untuk mengukuhkan kefahaman Islam kepada anak bangsa sebab itu kita lihat di Kemaman ini sejak dulu lagi hanya ada sebuah sahaja sekolah berorientasikan Islam iaitu Sekolah Menengah Al Falah manakala sekolah kebangsaan tumbuh bagai cendawan dan berlipat kali ganda kuantitinya’, ulasnya lagi.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang menjuarai dan menyertai pertandingan telah disempurnakan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) dan Saiful Azmi Suhaili, Bendahari DPPKK.
Kemenangan PASTI Al Amin dan PASTI Al Mahabbah melayakkan keduanya mewakili PASTI Kemaman ke Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 5hb. Mei ini di Kuala Nerus.
Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan tahniah kepada semua PASTI yang telah menghantar pasukan masing – masing dan berharap PASTI Kawasan Kemaman dapat mempertahankan gelaran Juara Futsal yang dimenangi pada 2011 di Setiu pada tahun lepas.