Berita Harian terbitan 19 Disember, 2012 dengan jelas memaparkan berita bohong apabila menuduh penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan solat dua masjid ‘dua masjid’ dalam satu qaryah.
Bagaimanakah ada dua sembahyang dan dua masjid, sedangkan hakikatnya hanya ada satu sahaja masjid dan tidak ada masjid lain di Kampung Padang Landak, Jertih.
Tidak sampai dua bulan berlalu, fitnah jahat Umno/BN mengaitkan PAS dengan fitnah dua masjid terserlah apabila Umno Kampung Tuan Mandak dan Kampung Tok Jiring beriya-iya menyokong rancangan mahu membina sebuah lagi masjid di Kampung Tok Jiring.
Sedangkan sudah ada sebuah masjid yang bernilai hampir RM2 juta yang telah didirikan di perkarangan Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiah (MTT), Tok Jiring.
[Gambar atas – Masjid Tok Jiring (MTT) yang dbina sejak tahun 2007 telah digunapakai sebagai masjid solat rawatib dan masjid solat Eidul Fitr dan Eidul Adha hasil sumbangan jariah orang ramai]
Ia jelas membuktikan bahawa Umno dan BN adalah punca yang menyebabkan berlakunya sembahyang di dua masjid dalam satu qaryah.


Katanya, ura-ura kerajaan mahu membina masjid dikawasan tanah wakaf MAIDAM tersebut telah kedengaran sejak tahun 1983 lagi.
Namun, ura-ura kerajaan mahu membina masjid itu tidak dilaksanakan, sehinggalah pada tahun ini, apabila Masjid Tok Jiring di MTT hampir siap dibina
[Gambar bawah kirii – tapak masjid baru yang akan didirikan]
“sampai sekarang ni sudah 30 taun (berlalu) bila sudah berlalu masa begitu lama tiba-tiba nak buat masjid di sini,
“bila kita tengok lama kampung ini tak ada masjid, dengan permintaan orang ramai, kita pun buatlah masjid di kawasan sekolah kita yang namanya sekarang masjid Tok Jiring,”jelasnya.
Katanya, dalam keadaan sudah ada sebuah masjid yang dibina, tiba-tiba baru hendak dibina sebuah lagi masjid di persimpangan Tok Jiring.
Beliau berkata, orang ramai telah memberikan sumbangan jutaan ringgit bagi membina masjid di perkarangan MTT.
Menurt beliau, sepatutnya kerajaan mesti mengambil kira keadaan tersebut sebelum memutuskan mahu membina sesebuah masjid.
“Masjid yang sudah dibina dengan (sumbangan) duit orang ramai itu mesti diambil kira, kerana niat mereka memberi sumbangan adalah untuk mendirikan masjid,
“bagaimana kerajaan mahu membina sebuah masjid baru sedangkan (sudah ada) masjid sedia ada itu,”tegasnnya.
http://www.youtube.com/watch?v=OCxT3nPIpKM


























