Hapus Faedah Bayaran Balik PTPTN; Pemuda Terengganu Sokong Penuh!

1279

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh cadangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang mahukan peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja.

Ketuanya Ustaz Mohd Nasir Razab berkata, saranan yang amat baik tersebut, perlu diambil tindakan dan kajian yang yang sewajarnya.

“agar tidak timbul salah tanggap dalam melaksanakan agenda yang cukup baik untuk rakyat

“Saya berharap pihak kerajaan pusat melalui kementerian berkenaan nanti dapat menilai sebaiknya dan melaksanakan secepat mugkin selepas segala persiapan dan keperluan mencapai tahap yg dikehendaki,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya kerajaan diterajui Perikatan Nasional tidak boleh menghapuskan hutang PTPTN, sekurang-sekurangnya dapat dilaksanakan tanpa riba

“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu, semalam.