Bukit Besol Lokasi Strategik Pemancar Gelombang Radio Amatur

1291

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Bukit Besol dekat sini, dikenalpasti sebagai kawasan strategik pemancar gelombang radio amatur di saat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berdepan musibah banjir.

Timbalan Ketua Kor Semboyan dan Komunikasi Jabatan Unit Amal (AMAL) Dungun, Muhammad Harith Zamri berkata pemasangan antena di bukit tersebut membolehkan perhubungan sehingga ke seluruh kawasan Dungun.

“Juga Jongok Batu dan Kuala Jengai, dimana untuk antena ini digunakan untuk kawasan yang tiada liputan telefon bimbit,

“Dimana kita boleh tahu kawasan yang dilanda banjir ini kawasan yang terputus bekalan, jadi dengan ini boleh dihubungkan dengan kita untuk mengawal Jabatan Amal dan gerakkan ahli-ahli untuk memberi sebarang bantuan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertemua dengan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman, pada Selasa 17 Disember.

Alatan berkenaan juga, kata beliau, boleh mengesan kedudukan semasa bot yang bergerak bagi memberi bantuan.

“Dimana kita akan tahu dimana lokasi semasa bot samada sampai ataupun masih tidak sampai.

“Terutamanya apabila ke kawasan seperti Hulu Dungun inilah yang tiada liputan telekomunikasi,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, sehingga kini, sumbangan yang diberikan untuk menggerakkan komunikasi radio amatur telah diterima melalui setiap DUN alam Parlimen Dungun.

“Namun masih tidak mencukupi dan masih diusahakan untuk mengumpul sebanyak mungkin bagi membeli alatan ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang agar dapat menghubungi Jabatan Amal Dungun.