Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Negara barat maju kerana masyarakatnya yang mementingkan pendidikan dan menjadikan membaca sebagai proses untuk belajar.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata masyarakat Islam juga akan maju apabila mengutamakan pembangunan pendidikan.
“Tetapi kita (bila) belajar baru hendak membaca ,” ujarnya ketika melancarkan Tabung Dana Tanah Wakaf Fasa II Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthofa di Tok Kah di sini pada 21 September.
Sedangkan, katanya orang Islam yang sepatutnya membaca untuk belajar dan mengkaji, iaitu proses yang akan mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu wataala.
Merangkap Penasihat 1 madrasah tersebut, Wan Hassan memuji inisiatif menubuhkan madrasah tersebut di atas tanah wakaf Almarhum Tuan Guru Haji Mustafa Husin yang fasa I merupakan sebuah bangunan satu tingkat dimana menjadi pusat ilmu masyarakat setempat disamping Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam(PASTI) dan Kelas Fadhu Ain(KAFA).
Oleh itu, beliau berharap orang ramai akan sama-sama menyumbang sambil mewakafkannya untuk membina dan menyiapkan fasa II madrasah yang terdiri daripada bangunan tempat belajar, asrama dan rumah warden.

“Semoga Kampung Tok Kah ini akan menjadi kampung yang subur dengan ilmu, hidup bermasyarakat akan sentiasa hidup bila ditunjangi dengan ilmu,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi madrasah tersebut, Mohd Nor Harun menjemput orang ramai yang berminat untuk menyumbang dengan mewakafkan lot-lot yang bernilai RM10, RM50 dan RM100 dengan menghubungi beliau di nombor 0135312287 atau menyalurkannya ke akaun Madrasah Raudhatul Ulum Al-Musthofa, akaun Maybank bernombor 563091021597











