Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA LUMPUR – Piagam Muafakat Nasional adalah satu deklarasi yang telah ditandatangani bersama oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi adalah permuafakatan semua kaum.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Ranta Abang, Cikgu Alias Harun berkata piagam tersebut bukan untuk memperjuangkan bangsa Melayu sahaja.
“Tetapi dengan mengambil kira negara ini adalah negara yang bermasyarakat majmuk, pelbagai kaum dengan kita juga memperjuangkan hak-hak bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini,” jelasnya.


Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, deklarasi itu juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
“Kita mengharapkan perjanjian yang telah dimeterai ini dapat dilaksanakan dalam sedikit masa lagi supaya ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia ini.
“Kita melihat dari segi kehadiran pada hari ini begitu ramai sekali kerana mereka tidak puas hati di atas apa yang dijanjikan oleh parti pemerintah di bawah Pakatan Harapan.





























