Terengganu, Malaysia

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri Terengganu

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri Terengganu

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) merupakan lambang ‘istiqamah’ yang telah menjadi antara faktor kemenangan PAS di negeri Terengganu

Penolong Setiausaha PAS Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerana semangat yang ditunjukkan oleh para aktivis media maka tertubuhnya KAMI dengan bermotokan ‘Jihad Media’ pada awal penubuhan.

Menurutnnya, semangat itu diambil ekoran seorang aktivis media di luar negara luar negara yang ‘syahid’ ketika membuat liputan di Palestin.

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri Terengganu“kamera (dia) diambil yang mana kamera tercampak ke atas tanah akhirnya menjadi satu ransangan kepada aktivis media Negeri Terengganu yang akhirnya membawa kepada penubuhan KAMI,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jamuan Aidilfitri 1440 dan Pelancaran Misi Korban Kemboja KAMI 2019, di Dewan Serbaguna Kampung Panji, Wakaf Mempelam, pada Isnin, 24 Jun.

Turut hadiri IALAH Mantan Pengerusi KAMI YB Dr. Azman Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, hAJI Amzad Hasim, dan Pengerusi KAMI, Naraza Muda.

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri TerengganuKatanya, dengan segala keterbatasan, KAMI dapat juga diwujudkan kerana mematuhi arahan dari PAS Pusat.

“(Ketika itu) yang dijemput adalah semua aktivis media dari seluruh negara, tetapi yang hidup adalah KAMI di Negeri Terengganu,” ujarnyanya.

Diantara faktor lain, kata beliau, yang membawa kejayaan kepada PAS Negeri Terengganu adalah kejayaan ‘taat dan patuh’ arahan dari PAS pusat, yang berjaya di bawa ke Negeri Terengganu.

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri TerengganuMenyentuh mengenai Program Misi Korban dan Aqiqah di Kemboja yang akan diadakan KAMI, beliau menyokong usaha murni dan kesungguhan kumpulan media itu.

“Dengan segala keterbatasan dan keupayaan yang ada KAMI dapat melakukan pelbagai Misi dengan pencapaian yang terbaik.

“Sebab itu beberapa negara seperti Nepal, Palu, Bangladesh, di beberapa tempat di luar negara (dapat) dibuat, walaupun tiada arahan dari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu,” tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu.

Jelasnya, program korban bukanlah suatu perkara yang baru namun ianya perlu diolah dengan beberapa objektif untuk penambahbaikan.

KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri Terengganu“Ianya merupakan program (korban luar negara) baik untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

“Pada peringkat awal ianya dilakukan untuk memberi semangat kepada mereka (di luar negara) yang mana mereka kurang bernasib baik walaupun di Malaysia ramai juga mungkin tiada sama dengan nasib (mereka) yang di luar negara,” jelasnya.

Oleh itu, beliau menyarakan agar Program Korban KAMI di Kemboja pada kali ini memasukkan objektif yang baru iaitu untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di Kemboja.

“Supaya diketahui umum dalam masa yang sama (dengan liputan) boleh memberi sedikit penyelesaian kepada masyarakat di Kemboja,” ucap beliau yang juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Terengganu.
KAMI Lambang Istiqamah PAS Negeri Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan