Oleh : Adli Mohamad.
KUANTAN – PAS secara tegas mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk kerana ianya merupakan petunjuk didalam Islam.
Presiden PAS Malaysia, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ketegasan mempertahankan masyarakat majmuk bukanlah diatas dasar bermain politik.
“Kita buktikan adanya sayap bukan Islam dalam PAS dan adanya pada parti UMNO yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan (merupakan) bumiputera tegar.
“Namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain, “ujar beliau.
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Ucapan Dasar beliau, di Stadium SUKPA, Indera Mahkota Pahang, pada hari ini.
Beliau menyatakan PAS menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Tambahnya, PAS tidak berganjak mempertahankan Idlam dengan semangat ‘Islam Memimpin Perpaduan.











