Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Tiada pertandingan bagi sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun bagi sesi 2019/2021 pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun kali ke-60 dengan semua jawatan yang dipertandingkan dimenangi tanpa bertanding.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memperingatkan agar jangan menjadikan jawatan sebagai rebutan.
“Kerana kita diberi peringatan oleh Allah jangan berebut-rebut jawatan, 16 orang ini tidak meminta tetapi diberi, InsyaAllah, Allah akan bantu ,”ujarnya
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan perwakilan PAS dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di kawasan Dungun, pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun, yang diadakan di Dewan Darul Ansar, Kampung Alur Mak Bah, di sini , 30 Mac.
Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa akan diadakan satu mesyuarat dalam memposisikan jentera PAS Kawasan Dungun di dalam masa terdekat.
Katanya, berlakunya tanpa bertanding itu kerana ramai yang tidak menjawab dan menyatakan kesediaan untuk bertanding apabila dihubungi.
“Jadi mungkin selepas ini, kita (PAS) di tahun hadapan, supaya mana-mana yang tidak menjawab dia bertanding.
“Barulah akan ada pertandingan, tapi keputusanya (ini) tidak menjawab, maka tidak bertanding,” ujarnya.
Dalam pemilihan berkenaan, Ustaz Wan Hassan, kekal sebagai YDP PAS Kawasan Dungun, Timbalan YDP yang sebelum ini disandang oleh Wan Hapandi Wan Nik telah bertukar posisi, dimana diberikan tanggungjawab kepada Satiful Bahri Mamat, bagi Naib YDP masih mengekalkan Azman Shapawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun masih mengekalkan , Mohd Fadhli , dan bagi Ketua Dewan Muslimat Dungun turut mempertahankan, Khairiah Mokti, dan Suhaimi Daud turut dikekalkan berada pada posisi Urusan Ulama PAS Kawasan Dungun.

PAS Mesti Maju Di hadapan
Dalam memastikan PAS terus unggul dan maju di persada politik tanahair, para pimpinan diingatkan agar berkerja untuk menaikkan parti berkenaan bukan berdasarkan kepentingan peribadi dan memperlihtkan kehebatan individu tetapi parti yang mesti hebat dan berada di hadapan.
“Apa ertinya kita membina bangunan, jika yang membina bangunan itu hilang, (dan) apa ertinya jika kita membawa PAS tetapi PAS menjadi lemah,” ujarnya.
Sebagaimana Christiano Ronaldo yang diumpamakan beliau, tidak akan mampu memenangkan pasukan Portugal, jika tiadanya ‘teamwork’ walaupun memiliki kemahiran yang tinggi.
Dalam pada itu turut diperingatkan dalam merangka gerak kerja bagi menguasai PAS Kawasan Dungun agar dalam apa jua program ataupun aktiviti PAS kawasan mesti dilibatkan dengan cawangan.

“DUN hanyalah pentadbiran, untuk melengkapkan pentadbiran PAS (kawasan) dan cawangan, kita bekerja untuk PAS bukan untuk diri kita, bukan untuk DUN kita, biar PAS kawasan yang berjaya,” tegasnya.
Ahli PAS turut juga diingatkan agar jelas dan faham akan misi dan visi yang menjadi matlamat utama PAS, yang menjadi keutamaan didalam perlembagaan.
” (Iaitu) mewujudkan sebuah masyarakat yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
“Keduanya, memelihara kesucian Islam, (serta) mempertahankan dan mendaulatkan kemerdekaan negara. Ini dua menjadi visi utama PAS dalam perlembagaan (PAS),” tegasnya.











