Terengganu, Malaysia

Pemuda PAS Sebagai Agen Perpaduan Ummah

Pemuda PAS Sebagai Agen Perpaduan Ummah

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Pemuda PAS diminta agar memahami prinsip PAS yang sesekali tidak akan berubah, walau apa jua keadaan berlaku, bagi berperanan sebagai agen perpaduan ummah di Malaysia.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, empat prinsip yang perlu difahami oleh setiap pemuda parti itu ialah yang pertamanya perjuangan parti berkenaan adalah berdasarkan perjuangan tauhid iaitu mengesakan Allah SWT dan Dia berkuasa sepenuhnya secara mutlak.

“Kerajaan Nabi Allah Daud, Kerajaan Nabi Allah Sulaiman, Kerajaan ‘Dzulqarnain’, juga kerajaan Firaun samada sifatnya baik ataupun jahat, semuanya dihapuskan oleh Allah SWT.

” Allah telah berhak memberikan dan Allah berhak menariknya kembali (sesebuah kerajaan). Ia merupakan amaran kepada kita apabila diberikan kemenangan (Terengganu) oleh Allah SWT, ” katanya memberi ingatan.

Pemuda PAS Sebagai Agen Perpaduan Ummah

Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, di sini pada Sabtu 16 Mac.

Prinsip kedua menurutnya perjuangan PAS adalah sudah tentu berteraskan kepada Islam.

“Islam yang bersifat adil, (menjadi) cara hidup bukan sekadar slogan ataupum nama semata-mata.

” Ketiga, prinsip PAS adalah berteraskan akidah iaitu beriman kepada hari akhirat, “ujarnya.

Dimana prinsip yang ketiga itu menurutnya adalah berteraskan kepada adanya dosa dan pahala kepada perbuatan yang menjadikan pemuda PAS bersifat ‘accountability’.

” (Merangkumi) amanah terhadap segala tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita (pemuda).

Pemuda PAS Sebagai Agen Perpaduan Ummah

” Dan yang terakhir adalah prinsip ‘takwa’ iaitu prinsip yang melepasi ‘asabiyyah’ samada bersifat Melayu atau bukan Melayu (kerana) Islam adalah rahmat ke seluruh alam,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau seterusnya menegaskan bahawa PAS telah melalui pelbagai perubahan diantaranya ialah perubahan di dalam institusi berkenaan.

” PAS mengerakkan penubuhan Majlis Syura Ulama dimana (ianya) berterusan sehingga kini.

” Kerana kita tahu segala formula yang ada pada Islam yang pernah kita (Islam) perintah lebih dari 1000 tahun lebih (menguasai) tiga perempat dunia ini boleh diaplikasikan.

” (Dan) boleh ‘dihybridkan’ dalam suasana masyarakat majmuk di dalam negara kita (Malaysia) yang tercinta ini.

” Maka seharusnya kita di peringkat pemuda sama-sama ‘komited’ dengan kepimpinan ulama. Ulama perlu dihormati dan perlu dibantu dalam segala aspek,” tegasnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan