Terengganu, Malaysia

Muslimat Bukit Besi Mula Menyusun Gerak Langkah

Muslimat Bukit Besi Mula Menyusun Gerak Langkah

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mula menyusun gerak langkah didalam memastikan kemenangan PAS di DUN berkenaan.

Ketua Muslimat PAS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, melalui gerak langkah yang tersusun maka kemenangan dapat dicipta.

“Sekarang ini masyarakat mula sedar terhadap PAS terutamanya dari kalangan muslimat. Jadi mereka yang mula sedar tentang perjuangan PAS ini perlu diurus dengan baik.

“Supaya mereka minat untuk bersama dengan gerakan PAS yang sekian lama membela masyarakat. Dan diantara mereka yang mula mendekati PAS adalah golongan ibu tunggal, yang merasakan PAS mula mencaknai mereka,” ujarnya.

Muslimat Bukit Besi Mula Menyusun Gerak LangkahBeliau berkata demikian ketika ditemyi, selepas hadir pada program pertemuan bersama muslimat PAS DUN Bukit Besi, di Pejabat DUN Bukit Besi, semalam.

Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Menurut Zakiah, rentetan daripadq penyertaan semakin baik dari kalangan wanita di DUN berkenaan, pelbagai program bakal diadakan bagi menyantuni golongan wanita.

“Kita akan cuba pupukkan semangat mereka supaya menjadi wanita yang hebat untuk memperjuangkan Islam sebagaimana yang terkandung didalam Al-Qur’an dan juga sejarah-sejarah zaman kegemilangan Islam sewaktu dahulu,” ujarnya.

Muslimat Bukit Besi Mula Menyusun Gerak Langkah

Dalam memastikan penguasaan muslimat di DUN terbabit, beliau amat mengharapkan agar para suami yang aktif bersama jemaah PAS perlu dilibatkan sekali.

“Apabila mereka, para isteri para mereka yang bergiat aktif dalam jemaah ini. Secara tidak langsung akan dapat dikesan akan kebolehan mereka untuk kita posisikan mereka di kedudukan yang sesuai untuk kita membentuk momentum yang kuat.

“Akhirnya kejayaan akan dapat dicipta dan dapat digapai. Pilihanraya Umum Ke-15 maka PAS akan dapat menawan hati pengundi wanita, dan akhirnya akan menjadi kubu PAS yang paling kuat di DUN Bukit Besi,” tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan