Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT – Seramai 30 anggota Kelab Motosikal Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) Besut berkonvoi bersama, mengiringi Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Samsuri Mokhtar menuju ke Majlis Perasmian Jalan Jebak Puyuh, Jabi.
Motosikal yang bernombor pendaftaran ‘PAS’ itu bergerak dari masjid Pondok Paku, Kerandang menuju ke tempat perasmian, melalui jalan baharu itu, pada jam 10.30 pagi semalam.
Pengerusi ARC Besut, Mohd Jali Sulong berkata konvoi tersebut adalah bersempena lawatan MB ke daerah ini, bagi merasmikan jalan tersebut setelah disiapkan oleh kerajaan PAS.


“konvoi kami ini juga dapat memeriahkan program dan memupuk semangat perpaduan antara penduduk kampung serta pemimpin negeri,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan klepada Dr. Ahmad Samsuri yang sudi bersama-sama menunggang motosikal bersama para peserta.
“Terima Kasih kepada Menteri Besar kerana sudi memenuhi hobi belia masa kini, semoga dengan aktiviti sebegini dapat menarik minat serta mengurangkan masalah sosial,” tambahnya
Turut sama konvoi motosikal itu ialah ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembagunan Desa Negeri.






























