Wajarkah rakyat Terengganu dari Kuala Berang ke Batu Enam ‘ditol dua kali’???

1678
Kalau kita mahu ke Batu Enam, Kuala Nerus dari Kuala Berang, dan menumpang sekejap lalu di lebuh raya pantai timur fasa 2 (LPT) yang separuh siap, mungkin akan di kenakan tol sebanyak dua kali.

Sekali di Telemung dan sekali lagi persimpangan keluar berhampiran Kuari Bukit Jong.

Sekiranya kita mahu mengelakkan jalan biasa yang dipenuhi halangan hampir 30 lampu isyarat dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, kita akan cuba menyelinap keluar dari Kuala Berang melalui jalan Langgar untuk terus ke Kampung Tanggul.

[Gambar – ‘Gergasi’ rumah Tol di Telemung, yan akan ‘membaham’ pitih rakyat Terengganu?]

Dari situ kita akan menikmati sedikit ‘privasi’ menelusuri pinggir sungai Terengganu dan melalui jalan kampung menuju ke Pasir Tinggi.

Tujuannya adalah untuk ‘bersatu’ dengan LPT yang bermula dari Bukit Payong untuk ke kampung Gemuroh, sebelum mengambil jalan menuju ke Batu Enam.

Jalan tersebut lebih menjimatkan masa dengan kelajuan biasa, kira-kira 30 minit sahaja kita boleh sampai ke persimpangan hadapan kuari Bukit Jong dan bandar Kuala Berang.

Namun, dua sekatan jalan raya yang bakal menunggu kita.

Walaupun ‘gergasi’ rumah tol yang akan membaham ‘pitih’ kita berhampiran kuari Bukit Jong belum dimulakan pembinaannya, namun ‘gergasi’ di Telemung sudah hampir siap.

Pembinaan Fasa dua LPT yang memakan belanja RM3.7 bilion dibiayai bersama dengan 50% dana kerajaan persekutuan dan 50% ‘dana khas’ kerajaan persekutuan.

Dana tersebut walaupun kedua-duanya hampir sama sebutannya, tapi ia berbeza.

>>Baca lagi dari sumber>>