Oleh: Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyelaras maklumat dan mengeratkan serta merapatkan ukhuwwah melalui Seminar Pengurusan Kesetiausahaan.
Pengarah program Seminar Pengurusan Kesetiausahaan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Rahimah Muda berkata, ianya untuk melahirkan pemimpin dan ahli yang mampu mengurus tadbir dalam sebuah organisasi.
“Kepentingan dalam menguruskan organisasi bagi mencapai suatu kejayaan di mana kita tengok tanpa pengurusan yang teratur boleh menyebabkan sukar mencapai ajaran sistematik.


Beliau yang juga merupakan Setiausaha Muslimat Negeri berkata demikian ketika berucap dalam majlis Seminar pengurusan Organisasi DMPNT di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai pada 18 November.
Oleh itu katanya, objektif adalah untuk melahirkan pimpinan dan ahli yang mampu mengurus dan dan mentadbir sesuatu organisasi dan program dengan sistematik dan profesional.


“Kita dapat menyelaras maklumat dan pengurusan dari peringkat Dewan Muslimat Negeri sehingga ke peringkat kawasan, DUN dan cawangan.
“Dan hasil daripada ini dapat mengeratkan dan merapatkan ukhuwwah di semua peringkat sesama ahli muslimat PAS negeri Terengganu,” jelasnya.
Justeru beliau berharap agar hasil daripada pertemuan hari ini dapat mewujudkan keadaan yang harmoni agar tugas-tugas diperingkat kawasan dan cawangan dapat dilaksanakan dengan harmoni di peringkat masing-masing.




























