Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Mini Karnival Sejahtera yang diadakan di Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi, akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui PAS.
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata Mini Karnival Sejahtera yang bakal dianjurkan november nanti akan menjadi kesinambungan samada diterima secara positif atau negatif.
“Mini Karnival Sejahtera ini adalah kali pertama diadakan dan dianjurkan oleh kerajaan Negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS),
“I-MITS perlu berusaha bagi menjayakan program ini, (DUN Bukit Besi) menjadi ‘pilot’ dalam menentukan ‘KPI'(Indeks Prestasi Utama)yang dicapai oleh DUN,”katanya.
Beliau yang juga merupakan penaung kepada program ini berkata demikian, ketika hadir pada mesyuarat Mini Karnival Sejahtera di PASTI Jerangau pada Selasa 3 Oktober.
Menurutnya, walaupun dana sangat terhad pihak penganjur tetap akan mencuba sehabis daya agar program ini dapat djayakan dengan sebaiknya.
“Bantuan dari I-MITS dalam membantu memperkasakan parti akan menjadi nilai tambah kepada PAS, untuk terus bertahan pada PRU 15 mentadbir Negeri,
“IMITS akan sentiasa bersedia dalam melakukan setiap arahan bagi melancarkan pentadbiran PAS Negeri Terengganu,” ujarnya.
Pelbagai acara telah diaturkan untuk program yang julung-julung kali itu, antaranya yang dijangka mengamit kehadiran ramai adalah slot bersama Selebriti dakwah tanahair terkenal seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Ustaz Azhar.
Diantara objektif penganjuran Mini Karnival ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang dasar Kerajaan PAS yang berteraskan Al-Qur’an dan Hadis di dalam meneraju kepimpinan dan juga memberikan kesedaran kepada masyarakat kepentingan memilih pemimpin yang berpegang teguh dengan Prinsip Islam











