Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Dalam isu kerjasama PAS dan Umno setakat ini hanyalah langkah awal yang dipercayai akan menguatkan ikatan parti-parti pembangkang.
Ketua Muslimat Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, pakatan PAS dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia kerana kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang bukan lagi sebagai pemerintah.
“PAS juga sebagai pembangkang jadi kita perlu menguat suarakan pembangkang…… bukan nak bangkang semua apa yang kerajaan buat,
“tetapi adalah sebagai ‘check and balance’ untuk menjadi mata telinga rakyat yang akan kita sampaikan kepada pihak kerajaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada raptai Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke- 58 di Taman Tamadun Islam (TTI) pada hari ini, Khamis, 13 September.
Oleh itu, dengan kekuatan pihak pembangkang itu sendiri sebenarnya ia adalah untuk mensejahteraan kehidupan rakyat.
“Insya Allah mungkin (dapat) memberi nasihat dan memberi pandangan serta teguran atas dasar-dasar yang mungkin akan dilakukan oleh pihak kerajaan Pakatan,” tambah beliau.











