Oleh : Khalid Abdullah
KUALA TERENGGANU – Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu membina imej baik dalam masyarakat kerana mereka adalah wakil kerajaan negeri pada peringkat akar umbi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian di majlis penutup Kem Jatidiri MPKK Peringkat Parlimen Kemaman di Regency Waterfront Kuala Ibai, di sini pada pagi tadi.
“MPKK adalah wakil kepada kerajaan negeri, segala baik dan buruk akan memberi imej langsung kepada kerajaan negeri.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengingatkan ahli MPKK supaya kita tidak sombong atau bersikap bangga dan lupa diri apabila memegang kuasa.
“Perlu ada sifat sebagai hamba Allah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


Seramai 337 ahli MPKK seluruh Parlimen Kemaman menyertai program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos lalu.




























