Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Konotasi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif apabila ia dikaitkan dengan amalan ‘kronisme’, kaki projek dan ‘pilih kasih’.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Marang Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa ‘baham’ duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.
“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak… tidak… bukan semua J3k dulu lagu ( macam) itu tapi biasalah ada yang buat perangai,
“Kalau selama ini kita gambarkan J3K sebelum ini negatif pada pandangan , maka nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga dikalangan masyarakat.
“dan inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insya Allah,” katanya.


Katanya, semua penjawatan dulu tidak menjadi masalah untuk diadaptasi sekali dalam gerak kerja.
“Kalau dulu sebelum ini gerak dalam pimpinan dalam parti, Ketua Cawangan sebagai Timbalan Setiausaha Cawangan…. Setiausaha cawangan…. Timbalan cawangan… Ketua Pemuda cawangan …,
“maka apa yang kita buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran kita,
“Kita hari ini diberi amanah memerintah Negeri Terengganu, takkanlah Menteri Besar nak turun kampung …. nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.


“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita adalah pelaksana bagi dasar pemerintahan,
“jadi tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K ia satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat,
“dan kita mewakili rakyat di peringkat bawahan maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakt kampung,” ujarnya.
Justeru katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tidak kira dari parti PAS, Umno, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah di bawah pengurusan pentadbiran negeri.




























