Kerajaan Berusaha Kurangkan Lambakan Padi

2667

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

BESUT – Kerajaan Negeri berusaha mengurangkan lambakan di negeri ini dalam masa yang tedekat dan memastikan padi yang dibawa ke kilang oleh para pesawah, dapat diproses dengan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani Dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, tersebut yang selalu berlaku ketika musim menuai mendapat perhatian Kerajaan Negeri Terengganu.

Katanya, beliau telah membincangkan isu yang timbul berkaitan dengan fasiliti kilang padi yang ada dan pengaturcaraan untuk dihantar ke negeri lain.

“Kilang padi yang ada di seluruh negara bilangan sudah mencukupi cuma masalah taburan di kawasan barat contohnya negeri Kedah ada sekitar 40 kilang padi berbanding di negeri Terengganu yang ada cuma tiga sahaja beroperasi,

“Kerana itu kita tidak dapat elakkan daripada berlaku tempoh menunggu yang agak lama untuk menurunkan padi dan mungkin kita boleh istilahkan sedikit lambakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di hadapan Pejabat Bernas Bukit Kenak pada Selasa, 17 Julai.

Katanya, isu pengangkutan masih lagi berlaku walaupun pihak BERNAS membayar sewa yang agak lumayan kepada lori untuk memindahkan padi dari Terengganu ke Negeri Kedah.

“Kami membincangkan beberapa isu yang bersabit dengan persiapan kita menghadapi musim baru penanaman padi sebagai langkah proaktif,

“untuk kita tengok beberapa tindakan yang perlu dan patut diambil bagi kita memberi khidmat yang terbaik kepada petani kita,

“dan matlamat kita adalah mewujudkan gabung jalin kerja yang kemas serta teratur daripada pihak kerajaan dan agensi pelaksana,” katanya.

Menurutnya, persiapan untuk berhadapan dengan musim baru penanaman padi khususnya majoriti pengeluaran padi di Negeri Terengganu dari kawasan IADA KETARA dengan keluasan kira-kira lima ribu hektar dan kapasiti kilang BERNAS 300 tan sehari untuk diproses.

“Kalau mengikut laporan kilang PKK gerai di dalam Kampung Oh insya Allah bulan Ogos akan siap dan proses untuk memasukkan mesin sudah dimaklumkan bagi menampung sekitar 400 tan sehari,

“dan di pihak BERNAS sendiri sebenarnya mereka sudah bekerja pada tahap maksimum untuk memberi keperluan petani,” tambahnya.

Justeru, hasrat petani sangat mudah apabila tiba musim menuai kerana mereka hanya mahu padi dituai secepat yang mungkin dan mendapat duit.