Oleh : Rohayati Ripin (RR)
KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Pusat menyokong agenda sukan rakyat kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti sinonim yang boleh mendekati anak-anak muda.
Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelbagai kelab anak muda yang mana ianya akan memberi sumbangan yang terbaik dari segi kejayaan PAS Negeri Terengganu.
“Kita buat kelainan antaranya ialah dari segi segi etika Islam dalam sukan untuk kita berdakwah dan mendampingi anak muda supaya mendekati Islam dengan cara tidak langsung,
“kerana dakwah sangat penting dan Kerajaan Negeri pimpinan PAS sudah tentu menekankan aspek dakwah kepada rakyat umumnya,
“dan memandangkan anak muda adalah satu kompenan yang sangat penting dalam masyarakat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada pertandingan ‘Street Soccer 3 on 3’ Daerah Kuala Terengganu di Dataran Syah Bandar pada Rabu, 11 Julai.

Katanya, sukan sebegini perlu dihidupkan agar anak-anak muda mengunggulinya dan Kerajaan Negeri akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendampingi anak-anak muda.
Dan ianya dibuat untuk menjayakan program sukan dengan lebih baik serta berkesan pada masa akan datang.
“Saya percaya dibawah Exco belia dan Sukan YB Ustaz Wan Sukairi akan menyediakan satu pelan jangka masa panjang perancangan yang menyeluruh untuk terus menghidupkan sukan di negeri Terengganu ini,
“bagi memastikan ianya menjadi satu agenda yang penting untuk memartabatkan sukan dinegeri Terengganu dan di Malaysia secara umumnya,” katanya.
Menurutnya, sukan berbasikal TSG di Terengganu sangat sinonim dan ianya merupakan 20 kelab yang tergolong di dunia.
Dan kata beliau, beberapa orang tokon sukan adalah terdiri daripada anak Negeri Terengganu.











