Oleh Suhaimi Taib
KUALA TERENGGANU – Lebih lima ribu pengunjung dari seluruh negara hadir memeriahkan Hari Terbuka PAS Pusat dan Terengganu di Stadium Negeri di sini pada 8 Julai.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Timbalannya Datuk Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Ya’akob dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Ketibaan mereka disambut dengan gembira oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Hussain Awang yang baharu dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.


“Kebiasaannya semua negeri turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Rumah Terbuka PAS Pusat tetapi oleh kerana mungkin masalah kewangan baru lepas pilihanraya, tentu sekali mereka mahu jimatkan kos, ” katanya.
Beliau berkata, PAS telah membuat kerahan kehadiran ke hari terbuka berkenaan termasuk ahli-ahlinya dari Pahang dan Kelantan kerana kedua-duanya berjiran dengan Terengganu.
Kebiasaannya Perhubungan PAS seluruh negara berkongsi tanggungjawab membiayai hari terbuka Idul Fitri sebelum ini.


“Segala kelemahan dan kekurangan harap dimaafkan, ” katanya.
Beberapa orang pimpinan PAS Pusat dan Terengganu menyampaikan ucapan selamat hari raya termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr. Alias Razak dan lain-lain.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut berucap mewakili keluarganya dan kerajaan negeri itu.
Pelbagai juadah disediakan di majlis tersebut termasuk Nasi Minyak dan Satey.





























