

Oleh : Rohayati Ripin (RR)
BESUT – Pusat pengajian Islam sangat penting bagi memelihara agama Islam yang dituurunkan oleh Allah SWT.
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang berkata, penubuhan pusat tersebut untuk memelihara ilmu Al Quran yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Dan katanya, ianya adalah satu kewajipan yang sangat besar perlu dilaksanakan dalam agama Islam.
“Kita menyaksikan zaman kejatuhan umat Islam seperti hilangnya negara dan pemeritahan serta umat Islam lupa kepada kewajipan memerintah negara dengan Islam,
“mereka tidak memberi sokongan yang penuh kepada perjuangan untuk mendaulatkan syariat Allah SWT memerintah diatas muka bumi,
“kerana dipengaruhi oleh kesenangan dan kememwahan dunia semata-mata serta lupa perjalanan ke hari akhirat yang kekal abadi,” jelasnya.


Katanya, musuh Islam menganggap cahaya Islam seperti cahaya minyak tanah yang boleh dipadam dengan hembusan mulut sahaja.
“Allah Taala tidak mengizinkan cahaya agama Islam dipadamkan walaupun orang Islam tidak ada negara memerintah yang mempunyai kuasa yang kuat,
“dan Allah Taala memelihara agama Islam dengan memelihara ilmu serta tidak boleh dihapuskan,
“Walaupun kita menyaksikan ilmu agama dikepung sehingga orang memandang hina dan rendah kepada orang yang mengajar agama,” ujarnya.
Menurut Sabda Rasullullah “Islam bermula dalam kedaan dagang dan berbalik semula ke akhir zaman menjadi dagang maka berjaya dan baik bagi mereka yang dagang ini.


“dan pahala yang tidak terhingga banyaknya berterusan walaupun seseorang itu meninggal dunia serta berbeza dengan amalan yang lain,
“bila matinya seseorang anak adam putus amalannya tetapi ada tiga perkara tidak putus walaupun seseorang meninggal dunia iaitu sedekah jariah sumbangan yang diberi pahala berpanjangan … ilmu yang beri manfaat…dan anak yang soleh yang diajar imu agama yang tahu dosa pahala,” jelasnya.
Katanya, inilah tanaman ilmu yang sangat penting mengharapkan diberkati dan menyumbang pahala serta menyuburkan ilmu yang diamal agar bermanfaat di dunia dan akhirat.




























