Oleh : Rohayati Ripin (2R)
KUALA NERUS – Tanggungjawab besar mempertahankan kemenangan dan menjulang kerajaan rakyat Terengganu adalah kewajipan semua pihak.
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Haji Zakaria Dagang berkata, semua pihak samaada yang mempunyai jawatan atau tidak, termasuk J3K bagi memikul amanah tersebut.
“Saya percaya kepada kemampuan yang ada kepada petugas-petugas PAS dan anggota jawatankuasa keselamatan kampong J3K,
“dan DUN khususnya yang akan menggalas (tanggungjawab) bagi memimpin serta membawa satu keadaan yang lebih baik kepada masyarakat kita,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Tok Jembal dekat sini, pada Sabtu, 24 Jun.


“kita kena layan mereka semua (golongan) sama kerana mereka semua adalah rakyat kita yang kena diberi dan dibela nasib serta diberi apa yang sepatutnya mereka dapat,
“dan kita harap khidmat yang kita tampilkan dan tunjukkan ini memberi satu gambaran tentang keadaaan kita lebih-lebih lagi dalam moto kerajaan baru ‘Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera,” jelasnya.
Menurutnya, ia memberi satu gambaran yang baik bagaimana cara memimpin dan mengurus serta kaedah yang digunakan itu mampu memberi kekuatan bagi mengekalkan kemenangan pada masa akan datang.
“Jadi saya mohon kepada penduduk di Seberang Takir khususnya akan dapat beri kerjasama yang baik kepada para petugas dan pekerja,


Sehubungan dengan itu, Exco dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus Haji Mohd Fazil Wahab (Gambar atas) berkata, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut sebagai sebuah Kerajaan bukan sebagai parti pembangkang.
“Saya bagi pihak penyelaras mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Seberang Takir yang melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 baru-baru ini,
“dan walaupun di peringkat DUN Seberang Takir kalah tetapi semangat komitmen yang ditunjukkan oleh petugas parti dan peyokong PAS akan membantu pada kerajaan baru,” tambah beliau.


























