Wanita Muda, Ameerah Diseru Tampil Isi Kemenangan

1879

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Golongan wanita muda diseru tampil ke hadapan mengisi kemenangan dan membantu kerajaan untuk mengenali, mengetahui dan menyelesai masalah yang berlaku dikalangan muslimat muda.

Ketua Muslimat DUN Buluh Gading Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, Ameerah perlu meningkatkan program dalam pelbagai sektor.

“Saya menyeru kepada semua sekiranya selepas daripada ini kita ada program berkaitan dengan Ameerah kita akan maklum samada dalam DUN atau peringkat negeri Terengganu,

“dan pelbagai sektor telah dirancang dengan pelbagai kepentingan untuk kita semua khususnya wanita muda di bawah kepimpinan kerajaan baru pemerintahan Parti Islam Semalaysia (PAS),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penyampaian Hadiah Telekung Solat oleh YB Ustaz Ridzuan Hashim yang merupakan Timbalan EXCO Pembangunan Dakwah Dan Penerangan pada Jumaat, 1 Jun.

Menurutnya, Penyampaian telekung telekung salah satu cara merapatkan ukhuwah dikalangan wanita muda dengan kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Katanya, seramai 85 orang yang telah bertuah terpilih seluruh DUN Buluh Gading untuk menerima hadiah Ramadan itu.

“Pada pagi ini kita ambil peluang untuk kita mengenali wakil rakyat dan Muslimat PAS serta Ameerah DUN Buluh Gading,

“dan dapat bersama dengan wakil rakyat YB Ustaz Ridzuan Hashim serta bersua dan berkenal-kenalan bagi merapatkan hubungan di antara kita,” katanya.

Justeru, beliau mengambil kesempatan tersebut berpesan kepada diri sendiri dan semua yang hadir untuk manfaatkan bulan Ramadhan yang masih berbaki ini.

Turut hadir sama dalam program ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan YB Ustaz Ridzuan Hashim dan Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus Khairunnajah Mohd.