Pemuda perlu aktif gunakan ICT demi Islam

825

Walaubagaimanapun, pendakwah seharusnya menjadikan laman tersebut sebaik mungkin untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam apalagi kepada mereka yang bercita-cita untuk menegakkan Islam di Negara ini. Ini kerana kita perlu menghargai nik’mat teknologi dan ilmu yang kemuncak yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Bukan sahaja pendakwah, bahkan pemuda dan sesiapa sahaja seharusnya mengaktifkan Facebook dan Twitter sebagai media baru bagi penyebaran maklumat khususnya menjelang PRU13.

Setiap individu seharusnya mengaktikan satu akaun Facebook dan satu akaun Twitter seterusnya menggunakannya sebaik mungkin untuk meninggikan agama yang kita cintai. Ketahuilah musus-musuh Islam terlebih dahulu menggunakannya untuk merosakkan umat islam. Sebagai seorang muslim, wajib bagi kita menggunakan senjata yang telah digunakan oleh musuh untuk memburu musuh yang ada di hadapan kita. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa “ peperangan itu suatu tipu daya “. Maka kita perlu bijak dan proaktif apabila berdepan dengan musuh.

Kita perlu menyedari dan memahami jatuhnya kerajaan rejim Hosni Mubarak di Mesir adalah kerana pemuda-pemuda mereka yang menggunakan internet atau IT sebaik mungkin terutamanya Facebook yang menjadi kegilaan remaja hari ini. Bahkan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan juga menyatakan kepentingan kita mengaktifkan facebook dan twitter demi menyebarkan Islam. Kebangkitan Islam seluruh dunia hari ini adalah kerana tersebarnya maklumat dengan cepat yang tidak dapat disekat oleh sesiapa termasuk musuh-musuh islam.

Baca lagi dari sumber>>>