Sehingga Ada Yang Maut, Benteng Pemecah Ombak Masih Belum Kelihatan

2583

MARANG – Sehingga seorang nelayan Azlim Mohd Nor, 42 tahun terkorban akibat dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki terbalik muara sungai Merchang, benteng pemecah ombak yang dijanjikan kerajaan masih belum kelihatan.

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kejadian yang berlaku awal pagi Ahad itu merupakan satu perkara yang cukup serius.

Katanya, ia meningkatkan kebimbangan para nelayan yang turun ke laut mencari rezeki.

“Laut merupakan antara sumber para penduduk di sekitar Merchang mencari rezeki dan dalam masa yang sama muara tempat keluar masuk para nelayan mencari rezeki,

“Dan dalam masa yang sama mereka berada dalam keadaan suasana yang tidak selesa kerana muara sungai ini antara muara yang cetek,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat menuntut janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN ) bagi membina penghadang gelora di situ.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan muara sungai tersebut pada Ahad, 8 April, setelah mendapat khabar sedih itu.

Bersama beliau ialah, Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Yusuf Abdul Hadi.

Kata Yusof, setiap tahun kerajaan Umno-BN berjanji sebaliknya, janji hanya tinggal janji, sehinggakan menyebabkan berlaku kemalangan maut.

“Kita tak nak perkara ini berulang lagi dan pada hari ini kerajaan negeri Terengganu membazirkan wang ringgit sehingga beratus juta ringgit dilaburkan begitu sahaja membina projek-projek yang kuran manfaat kepada rakyat,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Merchang supaya membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti.

“PAS mengharapkan sungguh-sungguh daripada pihak berkuasa untuk mengambil tanggungjawab yang serius bagi memastikan muka kuala ini selamat dan terjamian laluan keluar masuk,” tanya lagi

Berita sebelum ini;
Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki
Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang