Janji Velodrom Mengaburi Pemikiran Rakyat Menjelang PRU

2960

DUNGUN – PAS menyifatkan perletakan batu asas projek velodrom Dungun sebagai janji pilihan raya, semata-mata untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, setelah lapan tahun ianya terbiar tanpa sebarang pembangunan, tiba-tiba kerajaan mengumumkan sekali lagi, pembinaan lapangan lumba basikal itu.

“kawasan ini telah pun di adakan (majlis) pecah tanah tahun 2010 lagi……sekarang 2018 selama lapan tahun,

“memakan masa yang lama untuk dibina suatu veledrom yang dijanjikan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Yang menjadi persoalan, kata beliau, mengapa hampir dengan pilihan raya, barulah Menteri datang untuk letak batu asas?

Sedangkan sepatutnya, tegas beliau, ia telah siap dan dapat digunakan oleh anak-anak muda, peminat sukan tersebut.

 

Batu asas…….satu kempen mengaburi pemikiran pengundi dan menutup kegagalan Umno-BN melaksanakan janji

Yang menjadi persoalan, kata beliau, mengapa hampir dengan pilihan raya, barulah Menteri datang untuk letak batu asas?

Sedangkan sepatutnya, tegas beliau, ia telah siap dan dapat digunakan oleh anak-anak remaja Dungun, peminat sukan tersebut.

Beliau berkata demikian pada satu sidang video yang diadakan di tapak Velodrom itu, di Balai Besar dekat sini semalam pada Jumaat, 30 Mac.

Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin dilaporkan berkata, velodrom tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa, selepas acara meletak batu asas tapak pada Khamis.

Katanya, stadium berbasikal bernilai RM12 juta itu dinamakan sebagai Velodrom Azizulhasni Awang.

Sebaliknya, Cikgu Alias yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berkata, peruntukan veledrom yang dipohon oleh kerajaan negeri peringkat awalnya ialah RM 36 juta.

”Jauh berbeza dengan peruntukan yang diminta oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kos sebanyak RM1.5 juta yang telah dibelanjakan untuk menambun tapak pembinaan velodrom itu.

Katanya, hanya sebahagian kecil sahaja, buka keseluruhan, daripada 12 hektar tanah itu yang ditimbun.

”Ini sahaja kawasan yang ditimbun tetapi menelan belanja RM 1.5 juta selama 8 tahun ia terbiar begini,

”dan apabila menteri belia dan sukan datang semalam, pada saat hampir dijangka tak berapa lama lagi…. sehari dua lagi akan berlaku pilihan raya,

”berjanji akan dibina satu velodrom untuk disiapkan 2019….saya takut (bimbang) ini merupakan janji-janji sahaja dan yang lebih menakutkan ialah projek ini menjadi projek gajah putih,” tegas beliau lagi.

Oleh itu, beliau mengharapkan rakyat sudah pun membuat pilihan untuk mengubah arus pentadbiran negeri Terengganu, kerana banyak janji Umno dan Barisan Nasional yang tidak ditunaikan.

”banyak perkara telah berlaku yang menyebabkan rakyat tertindas dan kali ini berilah kepercayaan kepada PAS untuk memerintah selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti .

”PAS Terengganu mempunyai temanya, Terengganu, Maju., Berkat dan Sejahtera. Mudah-mudahan Terengganu akan maju di bawah kepimpinan PAS (sekiranya rakyat memilih pada PRU akan datang),” tambah beliau.