PAS Gesa Kerajaan Selesaikan Segera Masalah Muara Sungai Merang Yang Cetek

2630
Membahayakan! penumpang termasuk kanak-kanak terpaksa turun daripada bot pelancong dan mengharung sungai kerana muara sungai Merang yang cetek

SETIU – PAS menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah muara sungai Merang yang cetek.

Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd kadir, ia telah menjejaskan aktiviti pelancongan yang tidak masuk ke jeti walaupun jeti dah dibina prasarana yang lengkap.

Katanya, syarikat yang telah diberi kontrak, gagal mendalamkan kuala sungai itu dan kedaannya sangat sangat teruk sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, kerja yang dibuat ‘sekerat jalan’ oleh syarikat terbabit menambun pasir yang ang dikorek di pinggir sungai, menyebabkan muara sungai semakin cetek.

Bot pelancong terpaksa ditolak bagi melepasi kawasan yang terlalu cetek

“Ini memang memalukan kita kerana dimaklumkan tadi ada pelancong sendiri turun untuk menolak bot mereka,

“Dan saya cukup kesal apa yang berlaku apatah lagi dalam dun yang ada Ahli dewan Undangan Negeri merupakan Exco bahagian pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh pihak media di muara sungai Merang, Ahad, 4 Mac, disini.

Menurutnya, satu lagi isu yang ditimbulkan oleh pengusaha bot pelancong disini berkait dengan caj yang dikenakan kepada pelawat yang mah ke Pulau Redang.

YDP Setiu Ustaz Saharizukirnain

”(caj) RM5.00 yang dikenakan oleh pihak Majlis Daerah Setiu kepada seorang pelancong……dulu RM1.00 sekarang (caj) naik (kepada) RM 5.00.,

“dimaklumkan (kepada saya) pelancong kalau pergi dekat (melalui) Jeti Shah Bandar nak pergi ke Pulau Redang tidak dikena caj,

“(ini) yang menyebabkan pelancong beralih ke Jeti Shah Bandar untuk ke pergi ke Pulau Redang,” ujar beliau.

Oleh itu, kata beliau, ia menimbulkan masalah menjejaskan pendapatan dan mata pencarian pengusaha pelancongan,

Justeru, beliau mengharapkan tindakan segera dibuat kerana ia telah memberikan satu gambaran yang negatif terhadap negeri Terengganu khususnya dimata para pelancong dari luar datang.

“Saya mengharapkan sekiranya ada penyelewengan dalam projek ini supaya siasatan dapat dilakukan dengan segera,” tegas beliau lagi.