Taman Ilmu Terbengkalai Sejak 2008, 10 Tahun Yang Lalu

9044
Gambar Taman Ilmu pada Tahun 2017

BESUT – Projek Taman Ilmu yang menggunakan peruntukan kerajaan negeri Terengganu terbengkalai sejak 2008, 10 tahun yang lalu.

Ketua Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor menyifatkan, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu ‘tidak cerdik’ kerana menggunakan duit negeri sedangkan sepatutnya, ia dibangunkan dengan belanja kerajaan persekutuan.

“Semasa bawah pemerintahan Dato Seri Idris Jusoh, sepatutnya peruntukan kerajaan persekutuan pada masa itu tetapi projek diambil (dibuat) dengan menggunakan duit Terengganu hampir RM300 juta…….guna duit negeri Terengganu buat projek bawah ECER kerajaan pusat,” jelasnya.

Menurutnya, banyak pakej dalam pembangunan Taman Ilmu itu seluas 280 ekar mengalami masalah samada lewat siap, tergendala atau tidak siap sehingga hari ini.

Taman Ilmu Februari 2018

“(contohnya) projek pertama ialah (pembinaan) masjid yang besar sekali dalam negeri Terengganu yang bernilai RM46.8 juta,

“sepatutnya bangunan ia siap pada Mac 2009 tetapi masjid itu hanya boleh digunakan pada tahun 2014,”katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pembongkaran Projek Taman Ilmu Besut, pada Khamis, 15 Februari.

Ustaz Mohd Nor ketika meninjau Taman Ilmu pada Oktober 2017

Katanya, selain itu, projek infrastruktur buat longkang, ‘jalan tar’ dan lampu jalan serta menambun tanah telah menghabiskan RM31.3 juta.

“Sepatutnya longkang dan jalan serta lampu jalan semua siap termasuk pagar siap pada Mac 2008,

“(tapi) kerajaan baru ini isytihar pula) peruntukan baru RM2.7 juta untuk buat pagar pula……tambah pula duit nak buat pagar,

“Bangunan kediaman pelajar iaitu asrama yang bernilai RM37 juta sepatutnya siap Disember tahun 2008 (tetapi) terbiar begitu lama (dan) akhirnya UniSZA mengambil dua blok,”ujarnya.

Asrama pelajar gambar tahun 2016

Beliau mendakwa, kerajaan negeri menyerahkan dua blok asrama itu untuk dibaik pulih kerana kerajaan tidak ada kemampuan untuk meperbaikinya.

“beri kepada UniSZA dan dibaik pulih dengan belanja satu blok RM5 juta… dua blok RM10 juta. Bangunan itu sekarang siap ini dan pelajar masuk 500 orang serta (UniSZA) tak perlu bayar sewa selama 10 tahun,

“10 tahun terbengkalai projek rosak hancur, kemudian beri ke UniSZA, tak payah bayar kerajaan negeri Terengganu boleh apa….UniSZA di bawah Dato’ Seri Idris Jusoh, bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),

“Duit kerajaan negeri tak masuk……… jadi siapa yang cerdik,”soalnya.

Taman Ilmu gambar tahun 2010

Tambah Ustaz Mohd Nor, Dewan Konvokesyen Taman Ilmu yang dibina dengan kos RM31.8 juta dan Perpustaakan bernilai RM49.9 juta sepatutnya siap pada 2008, namun sehingga kini masih tergendala.

“Kompleks Sukan belanja RM30.6 juta sepatutnya siap Disember 2008….. sampai sekarang tiada (kecuali) hanya pokok tengah padang dan lembu tengah main bola,

“Bangunan pentadbiran yang bernilai RM23.8 juta sepatutnya siap Disember 2008 tetapi bila tengok tiada bangunan……kita (rakyat) tak sedar kerajaan runtuhkan bangunan kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) maklum tidak cukup dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

Kerajaan negeri juga, kata beliau, telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM45 juta, kerana disaman oleh kontraktor yang melaksanakan pembangunan Taman Ilmu itu.

Taman Ilmu gambar tahun 2009

“salah satu syarikat POSC TI Sdn Bhd yang di serahkan kerajaan negeri dengan banyaran tertentu untuk menguruskan (pembinaan) projek tersebut,

“Menteri Besar (Dato’ Seri) Ahmad Razif membatalkan dan menamatkan (kontrak) dengan syarikat tersebut, syarikat ini menyaman kerajaan negeri menyelesaikan diluar (mahkamah) perlu bayar kepada syarikat tersebut RM45 juta,” jelasnya lagi.

Juteru itu, dengan pendedahan tersebut, beliau menyeru agar rakyat ‘membuka mata’ dan melihat, siapakah yang sebenarnya sedang menipu rakyat.

“yang menipu……Menteri Besar ataupun rakyat menipu,” tegas beliau lagi.

Berita berkaitan;

Laporan paling awal www.buletinonline.net Projek ‘Taman Ilmu Tergendala’