PGBF; Umno Edar Borang Janji Beri Tanah Pula

2494

BESUT – Apabila hampir kepada tarikh pilihan raya umum (PRU) Umno dan Barisan Nasional (BN) sering berjanji, antaranya mereka mengedarkan borang lot tanah perumahan kepada Generasi Kedua Felda (PGBF).

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Solahhudin Jaafar berkata, mereka mendakwa Felda telah kehabisan wang dan tidak akan membina rumah, sebaliknya akan mengagihkan tanah.

“Pilihan raya umum (PRU) esok lusa dah dan saya dengar khabar puak Umno BN bagi borang generasi kedua nak bagi lot tanah sebelum atau selepas pilihan raya,” ujarnya.

Katanya, siri pembohongan semakin berleluasa menyebabkan rakyat tertekan dan terpaksa menanggung akibat daripada pemerintahan yang tidak bijak dan tidak berhemah.

Beliau yang juga tinggal di Felda Tenang Besut berkata, walaupun negeri Terengganu kaya tetapi duit hasil pendapatan kerajaan semakin susut menyebabkan, kekurangan kewangan untuk mentadbir dan mengurus negara.

“Banyak projek dibuat oleh kerajaan Umno-BN dipanggil projek tergendala……buat sekerat jalan rakyat tak dapat manfaat,

“Projek Taman Ilmu di Kampung Tembila dibawah pemerintahan Dato Idris Jusoh yang dikatakan seorang yang bagus dan bijak mentadbir (tetapi ia) adalah satu projek mega yang membazir wang rakyat dan tidak dapat digunakan sepenuhnya sehingga hari ini.

“Kalau kita tengok tak munasabah langsung kerajaan telah belanja duit rakyat hampir 400 juta, tiba-tiba pergi tengok bangunan runtuh… atap runtuh……pendawaian dan peralatan kena curi.

“Padang bola terbiar tumbuh naik rok (semak) tidak ada kawalan dan tidak ada penjagaan langsung walaupun projek itu tergendala,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah umum di Bukit Payung, Hulu besut, pada Selasa, 13 Februari.

Selain itu, menurutnya, kerajaan berjanji untuk membina rumah di Pulau Pergentian, namun sehingga kini, projek tersebut masih terbengkalai.

“Di Pulau Perhentian 150 buah rumah rakyat miskin telah dibina separuh jalan kononnya rumah pasang siap, pasang dinding suku,

“tapi rumah itu tidak strategik.kedudukan yang terdedah kepada angin Laut Cina Selatan dan apabila musim tengkujuh tidak selamat diduduki keran alaluan angin,”ujarnya lagi.

Katanya, pada tahun 2015 Menteri Besar Dato’ Seri Ahamd Razif juga berjanji sebelum akan menyiapkan pasar dan stesen bas Jerteh serta Jalan Keruak ke Gunung Bongsu.

“Inilah siri pembohongan Umno-BN apabila dekat pilihan raya. Mereka memperbodohkan rakyat dan begitu juga dengan lebuhraya keruak ke gunung Bongsu daripada 60 kilometer hanya 10 kilometer sahaja yang siap,” jelas beliau.