BESUT – PAS sangat dukacita keatas apa yang berlaku ke atas Taman Imu yang dianggap sebagai penggani kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, kolej ugama milik kerajaan negeri iti ditubuhkan oleh Umno pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tetapi telah ‘dibunuh’ juga oleh Umno pda zaman Dato’ Seri Idris Jusoh.
Kata beliau, tindakan ‘mematikan’ KUSZA yang selama ini adalah hak dan maruah serta harga diri kepada rakyat negeri Terengganu, adalah amat menyedihkan..
“KUSZA adalah milik negeri Terengganu yang telah berjaya mendidik anak negeri dan anak negara mengeluarkan beribu cedik pandai,


“tetapi dimatikan kononnya untuk menunaikan janji BN, sebuah pusat pengajian tinggi atau universiti,” ujar beliau.
Sedangkan kata Mantan Speaker kerajaan Terengganu itu, sedangkan di negeri lain, semuanya dibina universiti yang berasingan, bukan mematikan yang sedia institusi sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana Pembongkaran projek Imu Besut, pada Khamis, 15 Februari, disini.
Oleh itu kata beliau, tidak ada pilihan lain kepada PAS, mesti menang pada pilihan raya umum akan datang untuk memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang dilakukan oleh Umno dan BN.


“tiada seorang pun yang berkenan termasuklah pegawai tinggi kerajaan sehinggalah penoreh getah dan juga rakyat marhaen di kampung,” tegas beliau.
Namun begitu, katanya, semua usaha yang dilakukan tidak menjamin kejayaan PAS kecuali mendapat restu dan pertolongan dari Allah.
Justeru itu, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu mengajak seluruh rakyat untuk berhimpun dan bermunajat kepada Allah.


“oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu akan mengadakan Majlis Munajat Perdana pada 23 Februari, pada hari Jumaat bertempat di masjid Rusila, bermula pada jam 4.00 pagi,” katanya.
Beliau menyeru seluruh pemimpin dan ahli PAS hadir beramai-ramai untuk menunjukkan rasa lemah dan rendah diri kepada Allah.
Katanya, solat hajat dan munajat itu akan dipimpin oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.




























